}

MY LOVE ALLAH

RENUNG RENUNGKAN WAHAI SAHABAT


"Hidup memerlukan pengorbanan, pengorbanan memerlukan perjuangan, perjuangan memerlukan ketabahan, ketabahan memerlukan keyakinan, keyakinan pula menentukan kejayaan, kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan." -


"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak"
cekallah wahai hati muslimah.wanita itu tunggak kepada kejayaan lelaki.insha allah

Carilah seribu sahabat dalam pergaulan, kerana seribu sahabat belumlah banyak. Jauhilah seorang musuh, kerana musuh yang seorang itu sudah lebih daripada banyak. – Lukman Hakim –


Yang sangat berguna adalah seorang lelaki yang mengetahui darjat dirinya sendiri, tahu batas akalnya, kemudian dia bekerja menurut darjat dan batasnya. – Imam As Syafie –


Ada dua orang yang paling gagal dalam hidup, orang yang tidak cekap membuat apa yang disuruh, dan orang yang membuat hanya apabila disuruh. – Lukman Hakim –



Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik olrh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menhadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai


Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat


Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat

No comments:

Post a Comment

Home