}

Monday 20 August 2012

~ MOOD RAYA ( part 1 ) ~

Salamullah alayk :

EID  MUBARAK !!!!
TAQABBALALLAHUMINNAWAMINKUM,
MAAFKAN SALAH DAN SILAP SAYA DAN KELUARGA
RAIKAN SYAWAL SEBAGAI SATU KEMENANGAN
TERUSKAN MEMPERTINGKATKAN IMAN HARI DEMI HARI


mitak maaf kalau sebelum nie ade terkasar bahasa, terguris hati, terlebih kate
terutama kat semua readers saya.. syukran jazilan atas sokongan anda sebelum ini.
teruskan sokongan anda..
yang baik itu datangnya drpd ALLAH S.W.T dan yang buruk itu datangnya drpd kekhilafan saya sendiri...

wassalam :)





Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat

Friday 17 August 2012

~ MIFTHAHUL JANNAH ~

Salamullah alayk :)

hari nie cma berbesar hati nak share ngn korang.. article sal  (Mifthahul Jannah).
sesungguhya aku nak jadi macam die.insyallah..tak pernah kalah dengan nafsu dunia.boleh ke saya...
ya allah.permudahkanku..

mifthahul jannah,
Hanya seorang gadis normal yang punya sebuah kehidupan normal. Dilihat pada rupa parasnya, dia hanyalah seorang gadis yang sederhana, tidak berat wajahnya dengan alat solek, tidak sarat tubuh badannya dengan perhiasan. Biarpun dunia sedang sibuk berbangga dengan kejelitaan dan keanggunan, dia bahagia begitu.

"Segala puji bagi Allah yang telah membaikan kejadianku lalu membaguskannya dan memuliakan rupa muka ku lalu mengindahkanya dan menjadikan ku daripada sebahagian umat Islam".

 Suara hatinya berbisik perlahan tatkala dia melihat dirinya di hadapan cermin.
Jannah merenung jauh ke dalam cermin. namun renungannya bukan tertumpu pada rupa paras dan tubuh badan kurniaanNya. Bertemankan alunan zikir yang kedengaran di komputer,
Astaghfirullahal'azim... Astaghfirullahal'azim... Astaghfirullahal'azim... Suara alunan istighfar menemani Jannah bersama dirinya yang dilihat di dalam cermin.
Dan, renungan Jannah semakin meresap jauh ke dalam. Renungannya seakan kembali ke suatu masa yang lalu. Suatu masa yang telah Allah hadiahkan dan kini ia telah menjadi sejarah. Di dalam cermin itu, Jannah melihat bayangan seorang gadis yang berbeza. Amat berbeza dengan apa yang dilihatnya dalam cermin secara realiti, kerana kini Jannah melihat dalam bayangan hati.
Dilihatnya seorang gadis tanpa hijab, coklat dan kerinting rambutnya, mata di lukis tebal dan wajah kelihatan sarat dengan warna. Dilihatnya juga, seorang gadis yang bangga menampakkan susuk badannya; cantik dengan sepatu tingginya. Gadis itu cantik. Cukup cantik, kerana dia mahu dunia untuk melihatnya cantik.

Renungan jannah terus berjalan jauh ke dalam. Seorang gadis yang cantik itu dilihatnya sedang keluar melihat dunia, dan sedang keluar untuk dilihat oleh dunia. Bertemankan seorang pemuda yang tinggi dan manis rupa parasnya, berpimpinan tangan bersama dan semakin dilihat dunia. Jannah melihat gadis itu memegang erat tangan si pemuda, kerana takut andai terlepas pegangan dan terlepas pemuda itu dari kehidupannya.
Renungan Jannah semakin tegar memerhati setiap yang dilihatnya. Sekali lagi Jannah melihat betapa gadis itu tidak mahu dunia menyisihnya, dan tidak mahu si pemuda itu untuk menjauhinya. Renungan Jannah terus melihat gadis itu bersama dunianya, dan dia terus melihat gadis itu mengatur satu persatu jalan yang semakin jauh dari fitrahnya.
Jannah terus merenung, dan hatinya terus dibawa jauh kedalam renungan.
Dan kini, renungan Jannah tertumpu pada satu penjuru. Di penjuru itu, dilihatnya gadis yang sama. Terdiam rebah dan terduduk dengan tangisan hiba. Gadis yang cantik itu seolah bertukar wajah. Pucat wajahnya, kusut masai rambutnya; matanya penuh takungan dan pipinya berderai linangan.

"Dia tak mahu aku! Kenapa dia tak mahu aku?!". Rontaan gadis itu samakin menangkap renungan Jannah.
"Aku bukan aku yang dulu! Aku bukan aku yang dulu!" .Tangisan gadis itu semakin bergema ke dalam renungan Jannah.
Jannah terus merenung dan gadis itu terus ditenung. tanpa disedari, renungan Jannah turut bertemankan takungan yang akhirnya turun menjadi satu linangan. Kini hatinya seolah-olah dapat merasakan sesuatu. Sesuatu yang sama dirasa oleh gadis itu. -Satu kepedihan. Kepedihan yang datang dalam kehidupan yang dipenuhi dengan kemungkaran. Kepedihan yang datang memberi satu tamparan bahawa ia adalah satu kehidupan yang jauh dari fitrahNya. Kepedihan yang sedang memberitahu bahawa jalannya itu telah jauh dari jalanNya.
Dan Jannah, terus merenung. Memerhati setiap satu yang muncul dalam bayangannya.










Secara tiba-tiba, renungan Jannah terus dibawa ke satu penjuru yang lain. Dilihatnya juga gadis yang sama, tetapi dalam kondisi yang berbeza. Ketika ini, renungan Jannah dengan perlahan memerhatikan gadis itu bersama telekung putihnya. masih ada takungan di mata, masih ada linangan di wajahnya. Namun kini, gadis itu tidak terkulai di penjuru, tetapi dahinya sedang mencium bumi. Bertemankan tangisan, renungan Jannah terdengar suara rayuan

"Ya Allah Ya Rabb.. Ya Rahman Ya Rahim.. Ya Ghaffar Ya Tawwab... HambaMu kini tersungkur di hadapanMu Ya Kabir.. HambaMu hilang kekuatan dan upaya Ya Matin.. HambaMu kini terkulai jatuh membawa segunung dosa Ya Muntaqim.. Terimalah seluruh hidup hambaMu ini Ya Khaliq.. terimalah diri hambaMu ini Ya Malik.. Ampunilah segala dosaku... Ampunilah dosaku.. Ampunilah dosaku.. Sesungguhnya saat ini aku serahkan segalanya padaMu Ya Mutakabbir..."
"Hatiku telah lama ku serahkan kepada manusia... Jiwaku telah lama ku serahkan kepada dunia... Dan pada ketika ini Ya Tuhan... HambaMu ini memohon sepenuh keampunan, sepenuh pengharapan... Agar diriku ini diterima di sisiMu.. Ya Ilahi... Terimalah hambaMu... Ya Rabbi..."

Renungan Jannah terus asyik merenung suara rayuan itu. Dan secara tiba-tiba, suara rayuan itu hilang dan kini renungannya beralih arah. Di suatu sudut, dilihatnya gadis yang sama itu; sedang membuka sebuah almari. Diambilnya senaskah Al Quran yang telah lama ditinggalnya. Cukup lama. Terlalu lama.. Lebih sepuluh tahun lamanya. Dengan linangan air mata, gadis itu membelek helaian pertama.
"Bismillahirrahmanirrahim..." Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi.
"Alhamdulillahirabbil 'alamin"... Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam..
"Arrahmanirrahim"... Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi..
"Malikiyaumiddin".. Pemilik hari pembalasan..
"Iyyakana'budu wa iyyakanasstai'n"... Hanya kepada Engkau kami menyembah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan.
"Ihdinassiratolmustaqim.." Tunjukkanlah kami jalan yang lurus...
"Siratollazi na an'am ta'alaihim, ghairil maghdhu bi 'alaihim wa laddhollin..." Iaitu jalan orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka dan bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula mereka yang sesat..

Aamiin..
Air mata Jannah terus menemani renunganya. Dan, renungan Jannah seakan terhenti di situ. dengan perlahan, renungannya kembali menuju realiti; di mana dia sedang melihat dirinya di cermin. Di mana dia sedang melihat jasadnya sedang berdiri di bumi. Namun, air yang sedang bertakung di matanya masih penuh dan Jannah mengatur langkah untuk beredar dari cermin dan duduk di satu penjuru. Di situ, dia lihat sesuatu; baju yang sama dipakai oleh gadis yang dilihatnya dalam cermin sebentar tadi.
Jannah terus berpindah ke satu sudut yang lain. Di situ dia lihat sepatu tinggi yang dipakai oleh gadis itu dan dia terus berpindah ke satu sudut yang lain. Di situ dia lihat telekung putih yang menjadi teman setia gadis itu ketika gadis itu bersujud bertemu Pencipta. Dan dia bangun menuju ke meja, di capainya senaskah Al Quran... Al Quran yang sama yang dilihatnya ketika dia melihat gadis itu.
Bersama linangan air yang jatuh satu persatu di wajahnya, Jannah bersuara dengan perlahan.

"Alhamdulillah.. Terima Kasih Ya Allah". Di peluk erat telekung dan Al Quran itu, dan linangan air di wajahnya semakin berderai jatuh ke bumi.
Jannah mengimbau kembali apa yang dilihat dalam bayanganya sebentar tadi. Dia melihat baju gadis itu, dan kini dia melihat baju yang sedang dipakainya. Dia membayangi rambut gadis itu, dan kini dia melihat hijab yang sedang menutupi rambutnya. Dia melihat sepatu tinggi yang dipakai oleh gadis itu, dan dia melihat stokin yang menutupi kakinya. Air mata Jannah terus mencurahi wajahnya. Hatinya semakin kuat mengucapkan syukur kepada Ilahi, dan dengan perlahan suara hatinya berbicara;

"Tidak mungkin aku berada pada ketika ini jika tiada pertolonganMu Ya Allah... Tidak mungkin aku menangis sebegini tanpa kurniaanMu Ya Allah.. Alhamdulillah.. Syukur Ya Ilahi... Akan ku cuba sehabis daya untuk memelihara kurniaanMu ini... Akan ku cuba sehabis daya untuk mempertahankan hadiah dariMu ini... Bantulah aku Ya Rabb.. Bantulah aku.. Aamiin.. Allahumma Aaamin Ya Karim..."

Dan;
Biarpun pemuda yang bersama gadis itu tiada dalam kehidupanya kini,
Biarpun dunia tidak melihatnya saat ini,
Biarpun keseronokan tidak menggembirakanya lagi
Namun Jannah tetap tersenyum,
Tersenyum kerana hatinya bahagia bersama cinta Ilahi..
Dia tahu, dia adalah seorang pendosa; yang tidak terhitung dosa besarnya. Namun dia juga tahu, Allah Maha Pencinta, Maha Pengampun, dan Maha Menerima Taubat hambaNya..
Mifthahul Jannah; namanya adalah penyuntik kekuatannya. Dirinya adalah penggeraknya.
"Mifthahul Jannah-anak kunci syurga!". Bisik hatinya
Dan dia terus teguh berpegang pada satu kekuatan. Kalimah Tauhid "La ilaha illallah" Tiada Tuhan Yang di sembah melainkan Allah. Dan akan terus kukuh percaya pada satu kekuatan; "la hawla wa la quwwata illa billah" Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan kekuatanNya.

"Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu."
(Surah Asy- Syura ayat 30)

Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat

Monday 13 August 2012

#4 Hijab Tutorial ; Tudung Bawal Time!

                    

tis my faberet tutorial..
use tudung bawal punye stail.. quit impress and inspired me..
but still look muslimah
try it..

Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat

Sunday 5 August 2012

~ SALAM NUZUL QURAN ~

Salamullah alayk :)
salam nuzul quran


Sememangnya sudah menjadi tradisi bagi kita umat Islam, pada setiap tanggal 17 ramadhan, Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, , tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. . Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah.

Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW. Al Quran diturun secara berperingkat-peringkat sejak 17 Ramadhan sehinggalah lengkap Al Quran. Satu peristiwa yang sering-kali digabungkan dengan peristiwa Perang Badar Al-Kubra (terjadi pada 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah, ketika umat Islam pertama kali melaksanakan shaum Ramadhan).

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.

Firman Allah yang bermaksud:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38).

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Bila dan bagaimana Al-Quran diturunkan?

Terdapat dua pendapat mengikut ahli sejarah, termasuk pendapat para ahli hadis, tentang Al-Quran yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw.Pendapat pertama menyatakan bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Isnin tanggal 17 Ramadhan, 13 tahun sebelum hijrah (6 Ogos 610 M). Pendapat kedua pula menyatakan bahawa Al-Quran telah diturunkan pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan (13 Ogos 610 M). Pendapat yang pertama adalah berdasarkan ayat 41 dari Surah Al-Anfaal, manakala pendapat kedua dasarnya adalah ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan.Walaupun tradisi Nuzul Al-Quran telah lazim diperingati pada tanggal 17 Ramadhan, namun sesungguhnya pendapat kedua adalah lebih kuat dan lebih mungkin benarnya. Ini adalah kerana malam Lailatul Qadar yang dipercayai sebagai malam turunnya Al-Quran bukanlah terjadi pada tanggal 17 Ramadhan.

Adapun dalam firman Allah SWT pada ayat 41 surah Al-Anfaal, yaitu:

“…jika kamu beriman kepada Allah dan apa-apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Nabi Muhammad saw) pada hari Furqan,iaitu di hari bertemunya dua pasukan (diperang Badar, antara muslimin dan kafirin)…” (TTQ 8 : 41)

Ayat tersebut tidak ada sangkut-pautnya dengan Nuzul Al-Quran.

Tetapi sebenarnya ayat tersebut merupakan penjelasan tentang hukum pembahagian harta rampasan perang (seperti yang terdapat pada awal ayat tersebut). ” Ketahuilah sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, RasulNya, kerabat-kerabat (Rasul), anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil (orang yang sedang dalam perjalanan)…” (TTQ 8 : 41).

Dan apabila diteliti dengan lebih lanjut, yakni dengan menghubungkan hadis-hadis tentang turunnya Al-Quran, iaitu pada Lailatul-Qadar dan kelahiran Rasullullah pada hari Isnin serta pada catatan-catatan waktu di dalam takwim, maka akan diperolehi kesimpulan yang lebih tepat, iaitu Al-Quran diturunkan pada hari Isnin, malam 21 bulan Ramadhan, 13 tahun sebelum Rasullulah saw berhijrah ke Madinah.

Menurut para mufassirin, Al-Quran yang diturunkan pada malam “Lailatul Qadar” sebagaimana disebut di atas adalah Al-Quran yang turun sekaligus di “Baitul Izzah” di langit dunia. Sedangkan Al-Quran yang diturunkan ke bumi dan diterima Rasullullah sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur selama sekitar 23 tahun. Adapun ayat-ayat yang pertama diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw adalah ayat 1-5 surah Al-’Alaq.

Dan peristiwa ini terjadi ketika nabi saw sedang bertahannus (menyendiri) di Gua Hira. Sedangkan ayat Al-Quran yang terakhir sekali diturunkan adalah ayat-ayat riba iaitu ayat 278 sehingga 281 dari surah Al-Baqarah.

Cabaran Ramadhan kali ini amat hebat untuk umat Islam. Dalam negara, umat Islam diuji dengan pelbagai isu yang mencabar umat Islam. Di luar negara, diprovokasi oleh pihak tertentu untuk membenci negara kita. Bersamalah kita semua dalam mempertahankan negara ini dari cabaran dalaman dan luaran. Salam Nuzul Quran buat semua umat Islam. Marilah kita semua bersatul dengan iman kita yang sebenar iaitu Al Quran.

Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat

Wednesday 1 August 2012

~ i LOVE ISLAM ~

salamullah alayk :)
~ in the name of ALLAH, the most gracious, The Most Graceful ~

awwalul kalam, syukur yang tidak terhingga atas segala nikmat dan kurniaan ALLAH terutama nikmat islam  yang tak putus-putus buat kite sebagai hambaNYA yg bertuah di atas muka bumi ini,Alhamdulillah. moga ALLAH terus melimpahkan rahmat dan kasih-sayangnya pada kite semua..amin.. :)

we are not ALONE

 dalam meniti kehidupan sehari-hari, sedar tak sedar sudah semakin bertambah usia kita.terasa seperti baru sahaja lahir ke dunia ini.masih banyak lagi impian dan keinginan yang belum dicapai.masih banyak lagi hasrat yang belum terlaksana.dan masih banyal lagi tanggungjawab yang belum terlaksana.semakin difikir, semakin runsing pulak hati nie.memikirkirkan sama ada kita mempunyai masa yang cukup.menghitung dan terus menghitung.kalau boleh setiap saat yang kita ada, ingin kite gunakan tanpa henti.
namun, apa yang mampu kita lakukan.selagi masih bernafas, masih bernyawa, selagi kita masih berkuasa, dan selagi kita boleh berdiri, laksanakanlah tanggungjawab kita dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.

I love ISLAM

"sulamilah jalan perjalananmu dengan benang ukhwah, nescaya kamu tidak akan rebah, meniti ranjau dakwah.bahkan kamu akan rasai di sebalik ranjau itu terselit kemanisan.hanya insan yang ikhlas, tahu menilai erti ukhwah di jalan Allah.terlalu bermakna buat bekalan iringan si pejuang, utk istiqamah ke akhirnya"

apa yang kite tahu, kite bukan insan biasa, kerana kita adalah permata islam.syukur kerana kita memiliki permata itu.insyallah akan sentiasa berada di dalam dada kita.gilaplah ia dengan bersungguh-sungguh agar ia sentiasa bersinar dan cantik berkilau. alangkah bahagianya kita jika menjadi org yang amalanya lebih baik daripada semalam, esok lebih baik pada hari ini, dan hari-hari yg mendatang lebih baik drpd hari-hari yang lalu.oleh itu, jom berusaha menjadi insan yg sentiasa mendapat tempat di sisi ALLAH.

The road to dakwah is not an easy one.. it is full of the weak hearted..so FRIENDS,
 find strengh in search of  MARDHATILLAH.. and insyallah you will be ISTIQAMAH in your
effort to ensure the glory of islam

" THERE ARE NO ISLAM WITHOUT UNITY.
THERE ARE NO UNITY WITHOUT LEADERSHIP
THERE ARE NO LEADERSHIP WITHOUT FAITH "

                                                                    Renung-renungkan dan selamat termenung.

wassalam :)


Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat

Next Previous Home