}

Thursday 28 February 2013

SELAMAT HARI LAHIR WAN SUHAIDASHIMA


Photobucket

Hari lahir merupakan hari yang sangat istimewa bagi semua orang.begitu juga dengan diri ini.Hari ini genaplah umurku 20 tahun." YA ALLAH da besar daa.. kalau dulu dah anak 2 dah." ma pesan.
" Berdoalah kepada ALLAH agar umur kita dan kehidupan kita diberkati olehNya"

ya allah terima kasih di atas umur yang berharga,kasih sayang yang berpanjangan,keampunan yang berpanjangan.keluarga yang mawaddah dan sakinah,Terima kasih juga ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan.Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan yang mematangkan diriku.Terima kasih juga untuk bakat yang Engkau turunkan dan berikan.Sesungguhya terlalu banyak nikmat yang Engkau berikan padaku..dan terlalu sedikit pengabdian yang ku lakukan kepadaMu ya Allah.


Engkau tetap menerimaku,walaupun aku terkadang alpa dengan duniawi semata mata.terkadang aku kalut memikirkan dunia hingga terlupa akan cinta hakikimu ya Allah.Engkau tetap melindungiku walaupun pada satu tahap aku seringkali mudah berputus asa.Ya Allah ampunkan aku apabila aku seringkali merintih & mengadu kepadaMu tentang ketentuan yang Engkau berikan padaku ya Allah.Sesungguhnya aku lebih senang mengadu padamu walaupun ada yang ingin membantu.Bukan kerana angkuh,namun hatiku lebih tenag bersamaMu ya Rabb.Ada hambamu yang lemah.kerana adakala imanku mudah goyah akan bisikan syaitan.



Dalam usia yang semakin bertambah ini,aku ingin semakin dekat denganMu ya Allah.ingin lebih mengetahui tentang kewujudanmu,ingin lebih mengabikan diri padamu.Pimpinlah aku ya Allah agar aku tidak mudah jatuh,agar aku terus berdiri.Di hari lahirku ini juga ingin aku memohon kau berkatilah setiap pelakunku,ampuni dosa ibu bapaku,kasihani mereka seperti mana mereka mengasihini aku sejak aku kecil lagi ya allah.Jadikan aku hambamu yang membawa manfaat kepada orang lain.Ameen.



Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat

Tuesday 26 February 2013

~ FADHILAT MENCIUM ANAK ~

Photobucket


Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

 Barang siapa keluar ke pekan dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tanganuntuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di akhirat kelak.

Tahukah anda jika dibiasakan mencium anak sendiri, sifat mendera serta memukul anak boleh dihindarkan? Dengan wujudnya sifat suka mencium anak, hormon dan bau anak kita itu akan sebati ke dalam otak kita sekaligus mesej yang mengatakan “aku sayang anak aku” akan tersemat terus ke dalam jiwa

.

  *Semoga bermanfaat untuk dikongsikan...

NOTE : ingat dulu mase skolah,pagi pagi klau x duduk hostel cium pipi ma ngn pa (sweet time tu)
dan kalau kat hostel nangis2 ingat kat diorang

sumber : i luv islam

Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat

Friday 22 February 2013

~ TINTA INDAH PENGUAT JIWA ~

Photobucket


Hidup ini adalah suatu perjalanan. Penuh erti, penuh ranjau, penuh duri... Namun bukan sakit tertusuk duri itu yang penting tetapi nikmatnya apabila duri itu tercabut dari daging. Bagaimana ia dikeluarkan juga betapa ianya penting. Sakit, meraung... tetapi jangan berhenti mengeluarkannya. Kelak menjadi bisa yang tidak terawat. Dan setelah itu bersyukurlah dengan segala kehendakNya. Sakit tertusuk duri itu mungkin sahaja penyucian kifarah yang dilakukan. Mungkin juga mehnah dari Yang Esa untuk mendidik hati bertabah serta mensyukuri setiap kejadian tanpa keluhan.


 UJIAN... Jika ujian di bangku sekolah dapat jua dihafal formula-formula untuk melaluinya. Namun yang bernama ujian hidup adalah yang datang tanpa salam, tanpa diundang. Datangnya dengan kehendak Ilahi yang mahukan manusia memaknakan kehidupan dengan menggunakan akal berbataskan keimanan. Demikianlah didikan Allah. Memanusiakan seorang manusia!

 CINTA... Manusia dihidupkan atas cinta. Cinta itu meluas. Cinta kepada Allah, kepada Rasul, kepada ibu bapa, kepada suami, kepada isteri, kepada sahabat. Malangnya cinta yang pernah dijumpai telah disempitkan dan tersepit oleh kurangnya faqih akan hakikat cinta. Cinta itu setia, jujur, kasih sayang, rindu, doa kebahagiaan. Benihlah cinta yang meniti atas dasar iman. Akan redhalah Allah pada cinta itu. Namun sayang seribu kali sayang, cinta itu tercalar keluhurannya. Terselit pengkhianatan, ketidakjujuran... dan akhirnya perpisahan... Yang meninggalkan mencari pengganti. Segala janji terlupus begitu sahaja. Ingatlah bahawa roda kehidupan ini sentiasa berputar. Hari ini kita mengkhianati. Esok mungkin kita dikhianati. Hari ini kita mencipta luka di hati yang lain, mungkin esok hati kita pula yang terluka.


 SABAR... Bukan mudah untuk memahami erti sabar apatah lagi untuk melakukannya. Saat derita menjengah rasa, seakan kita sahajalah yang derita. Kita sahajalah yang terluka. Duka itu milik kita. Sedih itu juga milik kita, sehingga kita terlupa untuk mensyukuri nikmat Allah yg lainnya. Nikmat Allah yang begitu melimpah ruah jarang disyukuri tetapi bila didatangkan ujian, melaralah sekeping hati. Itu sahaja yang diingat-ingatkan. Demikianlah resam insani.

 REDHA... Tidak diuji hambaNya dengan ujian yang tidak mampu ditanggung. Rebah, jatuh dan terduduk, semuanya mengajar kita untuk bangkit kembali. Sedang walangnya hati tertanya bagaimana untuk bangun?? Ya... hanya kekuatan sahaja yang mampu menarik... Maka yang bangun itu bukanlah diri yang lemah. Yang bangun itu adalah jiwa yang kuat. Redha itu adalah menerima dengan lapang dada biarpun tangisan menitis tanpa hentinya namun bertahanlah. Tangisan itu tidak apa-apa malahan menunjukkan kita hanyalah hambaNya yang lemah. Serahkan segala urusan pada Dia.


 SYUKUR... Alhamdulillah segala pujian hanya selayaknya untuk Allah. Hari semalam yang berlalu, biarkanlah. Hari ini yang dilalui, nikmatilah. Hari esok bakal tiba, bersedialah. Allah sentiasa memberi yang terbaik untuk hambaNya, maka kita sebagai hambaNya berkejaran lah mencari yang terbaik itu dengan segala usaha dan bermacam cara yang diredhaiNya. "Fastabiqul khairat" pesanNya. Jika berlari itu kemudiannya jatuh maka bangkitlah kembali. Tidak mengapa jika tidak ada tangan yang menghulur bantuan kerana ada 'tangan' yang lebih membahagiakan. Letaklah kebergantungan kepada Allah SWT. Semoga hidup sentiasa diberkati dan dibimbing untuk mencari wangian Jannah. Semoga beroleh kebahagian dalam mencari warna cinta Ilahi.


note : HAWA kan kuat!

Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat

Next Previous Home