}

Sunday 31 March 2013

~ KEHILANGAN SI DIA ~

Photobucket


Apa khabar semua? *muka ceria* Alhamdulillah masih dipinjam nikmat itu untuk seketika.Terima kasih ya Allah.Tangan ku dakapkan di dada,sambil mata terpejam. Syukur alhamdulillah.
La Takhaf Wa La Tahzan Innallaha Ma'ana. Janganlah kamu takut dan janganlah kamu bersedih hati. Sesungguhnya Allah ada bersama kita.

Ya, perasaan itu muncul kembali setelah sekian lama.Rasa itu kembali lagi.kembali lagi ke situ.Ya Allah rasa sakit itu datang! sakit! sakit! sakit sungguh tak terperi.Sepertinya sudah tidak tertahan lagi, jika ini dugaan mu aku terima ya Allah ya tuhanku.Seikhlas ikhlas hatiku.Aku redha dengan ketentuanmu.Hati mula tewas dengan perasaan sendiri.Ya,ke tertewas.Betapa lemahnya dirimu bergelar wanita.Perlahan air jernih itu mulai membasahi pipi.. :(

"Allah"

terketar ketar ku cuba menyebut namamu.terketar ketar ku memohon padamu. Bersusah payah mulut menyebut namamu. Andai ada yang memerhati ketika itu, aku tiada kekuatan, menangis! menagis! dan terus menangis.semakin laju air jernih membasahi pipi.
ku menyebut.. menyebut.. dan terus menyebut..

"Allah"

Apa khilafku ya Allah.apa salahku Ya Allah.apa salahku ya Allah sehingga mengundang murkamu ya Allah. Ku cuba mengigati kembali kelakuanku, sikapku, niatku, Ya Allah.aku hambamu yang penuh dengan dosa. Nauzubillah

Tangan masih setia di dadaku.Terasa dengupan itu laju..laju dan semakin laju. Hati mulai rasa tidak menentu. penuh dengan pelbagai perasaan. Ya, aku mulai tidak tenang.Dengupan itu laju bagai tiada penghalang dan tidak tahu bilakan akan berhenti.Dengupan itu bagai mengambarkan segalanya.Ya, aku merasainya.

Kenapa perasaan itu kembali?.kenapa si dia harus berlalu pergi.Ya pergi meninggalkan jasadku yang masih memerlukannya.Siapalah aku tanpa si dia.Mungkin tidak dapat kugambarkan padamu wahai sahabat sekalin perassan ku tika itu.Saat si dia pergi berjalan laju meninggalkan hati.Sakitnya bukan hanya pada hati, malah pada akal yang memerhati.

"Allahu rabbi kemana si dia pergi? kemana harus ku cari..hati mulai gelisah dan tidak dapat digambarkan.Apa yang harus ku lakukan untuk merayu si dia kembali.. ?"


kehilangan si dia pada awalnya hanya biasa biasa.Tiada apa yang berubah pada diriku.Ya aku yakin si dia bukan siapa siapa.Ya si dia begitu tinggi harganya.setelah lama si dia tiada baru aku perasan dan mulai tercari cari kewujudanya.Entah aku masih berkesempatan bertemu si dia atau hanya pasrah.

Sudah pelbagai cara diikhtiarkan. Sudah pelbagai bahan ilmu dibacakan. Sudah didengar alunan ayat-ayat kebesaran. Sampai seperti mana semasa si dia itu tiada, air jernih itu sudah berhenti membasahi mata. Dan kini sehingga air jernih itu kembali membasahi. Si dia tetap juga tidak mahu kembali. Apa khilafku kali ini? Si dia itu, jika kembali lagi menghuni hati. Pasti aku janji untuk tidak mengabaikannya walau seinci. Pasti aku janji untuk tidak melupakannya walau sehari. Pasti aku janji tidak akan lalai untuk bertanya khabarnya dari hati.

 Kini,si dia telah selamat kembali.

Bibir kembali mengukir senyuman. Air jernih yang mengalir juga sudah dikeringkan. Nafas ditarik dan dilepaskan perlahan. Tangan kembali letaknya pada hati yang degupnya kembali seperti kebiasaan. Mata diturunkan penglihatan. Dengan kepayahan bibir berbicara pada si dia yang kini sudah kembali, "Iman, apa khabar kamu hari ini? Janji ya bahawa kamu tidak akan lari dariku lagi."

Dan ya, si dia itu iman. Iman yang dikurnia Ilahi untuk hati.

note : Kehilanganmu sungguh berat bagiku

Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat

Friday 22 March 2013

~ AKU BERSYUKUR YA ALLAH ~


Photobucket


Ramai antara kita lalai dan bangga dengan kejayaan yang diraih dan merasakan bahawa kejayaan itu adalah kerana diri kita yang telah berusaha keras. Apabila lulus peperiksaan, kita rasa itu hasilnya sebab kita rajin ulangkaji, kita rasa ia hasil penat lelah kita belajar sampai larut malam. Bila dapat naik pangkat, kita yakin itu sebab kita rajin buat kerja, kita rasa boss sayang kita. Namun, hakikatnya kita lupa, "tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah", jika Allah tidak mengizinkan, jangan kata untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan, bahkan untuk memegang pen untuk menjawab peperiksaan pun kita tidak mampu.Baru lah nangis sakan kan? Ya,semua itu adalah pembarian tuhan kepada kita. Begitu juga usaha kita untuk naik pangkat tidak mungkin berjaya tanpa izin Allah. Nauzubillah.

Daripada Aisyah RA: bahawa Nabi SAW bangun di waktu malam (bersembahyang) sehingga pecah-pecah kedua kakinya. Aku bertanya kepadanya, “Kenapa engkau lakukan ini wahai Rasulullah SAW? Sedangkan Allah SWT mengampunkan dosa engkau yang terdahulu dan yang terkemudian”. Jawab baginda, “Tidakkah aku suka menjadi seorang hamba yang sentiasa bersyukurHuraian Hadith:

 Ayuh sejenak kita muhasabah diri, tanpa keredhaan Allah, tanpa izin dan perkenan Allah, siapalah kita pada hari ini? Betapa hebat mana pun kita, namun tidak mampu melawan takdirnya Allah. Betapa gigih usaha kita, namun jika Allah tidak mentakdirkan kejayaan itu untuk kita, namun tidak mampu sesiapa untuk mendapatkannya untuk kita. Justeru, kepercayaan pada kekuasaan Allah akan sentiasa membuatkan kita ini menjadi manusia yang merendah diri kerana kita yakin bahawa setiap kejayaan kita adalah milik Allah. Hamba yang bersyukur itu menyedari bahawa setiap kejayaan yang diraih adalah sekadar pinjaman Allah. Setiap nikmat itu adalah bahagian yang menjadi amanah Allah untuk diuruskan. Natijahnya, insan yang menyedari Allah adalah penentu setiap kejayaannya akan meletakkan keredhaan Allah sebagai matlamat utama dalam setiap tindak tanduknya.Alhamdulillah,Aku bersyukur padamu ya Allah :)



Orang yang menyedari hakikat keterbatasan dirinya sebagai hamba akan menjadi insan yang sentiasa bersyukur dan merasakan keagungan Allah. Kejayaan yang digenggam tidak akan menjadikan dirinya sombong bahkan menjadikannya dirinya semakin tunduk.;) Tiada apa yang lebih bermakna selain dapat bermuhasabah diri supaya dapat merenung seketika sejauh mana telah kita capai dalam kehidupan ini. Seimbangkan antara tanggungjawab sebagai hamba-NYA dan juga tanggungjawab didunia....

Kita hendaklah sentiasa bersyukur di atas segala nikmat yang Allah SWT kurniakan. Setiap muslim hendaklah melakukan ibadat sunat untuk membuktikan kesyukuran kepada Allah SWT. Setiap manusia hendaklah berjuang melawan hawa nafsu dengan sentiasa beramal soleh untuk menjadi hamba yang lebih diredhai. Seseorang yang menerima nikmat sewajarnya meningkatkan kesyukuran ke hadhrat Allah SWT.




Note : tidak dilupa kepada pa&ma sekeluarga, guru guru, rakan rakan yang banyka membantu.syukran jazilan



Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat

Friday 8 March 2013

~ OH KOREAN~


Photobucket


K-Pop. Bila dengar perkataan ni mesti kita akan terbayang group-group atau band-band korea yang tengah menyanyi-nyanyi dan menari-nari di atas pentas. Sama ada lelaki atau pun perempuan. Solo mahupun berkumpulan dengan muka muka diorang yang agak cute sebab banyak yang diorang dah ubah kat muke tu..

Boleh dikatakan sekarang ni fenomena K-Pop memang sedang menjadi-jadi di negara kita. Buktinya, ramai kawan di sekeliling saya yang minat K-Pop, tak payah tunjuk orang lain sebab tuan nie pon boleh "histeria" jugak dengar K-Pop. Bukan setakat lagu-lagu yang menjadi pujaan. Tetapi perkembangan semasa artis-artis ni jugak diketahui. Sampai sanggup membaca berita pasal artis-artis ni secara online tiap-tiap hari. Bagi yang agak fanatik, banyak lah post-post pasal artis kesayangan mereka dihebahkan di facebook@twitter.Dulu, banyak masa dihabiskan dengan cerita cerita korea nie."Running man", "Family outing" buat aku gelak sorang sorang sampai pa dengan ma tengok pelik." tengok cik de suke sorang sorang tu " hehe



Bahkan ada artis-artis di Malaysia yang cuba meniru artis-artis K-Pop ni dari segi penampilan, lagu, tarian dan macam-macam lagi la. Sedih jugak bila tengok keadaan macam ni. Tak perlu lah nak ikut artis-artis korea ni. Lebih-lebih lagi yang perempuan sebab artis kita memang dah cantik dah pon tak perlu sangat lah nak tiru artis korea tu.

Kita sedia maklum macam mana cara penampilan mereka kan. Memang tak menutup aurat. Tak cukup kain. Seksi sangat. Kalau difikir secara logik. Mereka bukannya orang Islam dan mereka tiada batas-batas aurat tertentu yang perlu dijaga dan menyebabkan mereka memakai pakaian sebegitu. Tapi, di Malaysia yang ikut trend mereka ni orang Melayu dan majoritinya ISLAM. Dan kita ada batas-batas aurat yang perlu dijaga.

Tak dinafikan fesyen-fesyen dari Korea memang sangat cantik. Kadang-kadang rambang mata juga dibuatnya. Memang cantik. Tapi cantik pada pandangan manusia belum tentu cantik pada pandangan Allah. Fikirkan, mana satu yang kita nak? Cantik pada pandangan mata manusia atau cantik pada pandangan Allah? Mesti la kita nak cantik pada pandangan Allah kan?

 Jadi, tutup lah aurat dengan sempurna, baru Allah suka :)
 Dan satu lagi yang menjadi kegilaan ramai ialah drama Korea. Kadang-kadang sanggup tak tidur malam sebab nak menghabiskan satu-satu drama ni. Maklum lah satu drama sekurang-kurangnya ada 16 episod. Dan bila dah mula nak tengok, memang akan addictive. Nak tengok lagi. Nak tengok lagi. Haa, mesti pelik macam mana saya tahu kan? Actually, satu masa dulu saya boleh dikatakan Korean drama 'addict'. Memang sangat-sangat suka tengok drama-drama Korea ni. Jalan cerita memang menarik dan romantik. Dan pelakon-pelakon Korea kacak-kacak dan cantik-cantik. Lagi la rasa tertarik nak menonton. Alang-alang tengok tu, boleh la cuci mata sekali kan. Opps! Tapi kan, Allah ada berfirman dalam Al-Quran:

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat". Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya." (An-Nur, 24: 30-31)

 Most of us ingat kita kena jaga pandangan bila berhadapan secara direct je dengan lelaki/wanita bukan mahram ni. Tapi kita silap sebenarnya. Bila kita tengok drama atau filem, kita pun wajib jaga pandangan kita. Dan dalam ayat Quran kat atas, Allah tujukan kepada orang-orang yang beriman. Saya nak jadi orang yang beriman. Bukan mudah nak jadi orang yang beriman ni. Salah satu caranya buat apa yang Allah suruh. Allah suruh jaga pandangan. Jadi kenalah jaga kan?

 Dan satu lagi, bila terlalu banyak menonton drama ni sebenarnya kita sudah banyak membazirkan masa kita. Kadang-kadang jadi hanyut dengan cerita cinta drama korea ni. Sebab jiwang sangat. Satu kerja pun tak jadi. Mula lah terbayang-bayang. "Best nya kalau dapat boyfriend or girlfriend (p/s: no COUPLE in Islam) macam hero/heroin cerita ni." Duduk mengelamun dan berangan-angan sahaja pun dah berjam-jam. Mungkin kita tak sedar, apa yang kita buat ni termasuk dalam perkara yang sia-sia. Kenapa saya kata sia-sia? Sebab benda ni tak bagi manfaat pun pada kita. Bagi kita jadi lagho ada lah.

 Tahu tak, Allah ada berfirman dalam Al-Quran dalam Surah Al-Mu'minun ayat 1-11 bahawa antara ciri-ciri orang yang akan mewarisi Syurga Firdaus ialah orang yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia.

 Haa, Allah pun dah cakap kan. Kalau kita tinggalkan perkara yang sia-sia ni, Insya Allah kita akan dapat masuk Syurga Firdaus. Whoah! Siapa yang tak nak masuk syurga? Mesti semua orang nak kan. Jadi, kita kenalah tinggalkan perkara yang sia-sia ni.Sekarang tengah mencuba untuk lupakan diorang sedikit demi sedikit bukan tinggal terus,Hheehe :D

NOTE : agak agak boleh ke ?



Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat

Next Previous Home