}

Saturday 25 January 2014

: BULATAN GEMBIRA ITU :


Photobucket


Sebelum tu, mohon jangan terkejut dan mula bermonolog sendirian ceggini " apa pasal rajin pulak budak nie menulis dalam seminggu tiga entry buat , tak ade keje agaknya budak nie " ehehe! tepuk tangan. tepuk.tepuk. Hah, betol lah tu. Lebih baik lagi kalau kakak.abang.adik. ber ' husnodzan ' sikit. Kalau nak lebih baik laa. Kita semua nak jadi yang lebih baik kan. Muslimat power! *genggam tangan sambil senyum.

Teringat sebelum cuti bermula, banyak pulak nasihat-II mengiringi supaya memanfaatkan cuti ini dengan sebaik-ii nya . Suruh banyakkan membaca la, tingkatkan ibadat lah, tolong ma main masak-ii la.*yang nie liat sikit. eheh! jangan asyik beron9 la, yang nie lagi la buat-ii tak dengar. dan banyak lagi.Alhamdulillah dikelilingi mereka yang sangat menyayangi dan ikhlas menjalin sebuah ikatan dipanggil " sahabat " kerana Allah. Kalau tak mane mungkin diorang nasihat aku bagai. Salah seorangnya adalah akak naqibah aku kak Aisya dan Putri. Sebelum bercuti hari tu sempat kitorang berusrah sekali . Aku agak  terkesan sekali dengan penerangan yang Kak Aisyah jelskan kerana banyak utarakan analogi-ii utk mudah aku faham . Syukran Kak Aisyah. Putri pulak lagi best, pertama dia sebenarnya senior aku even sama umur. eheh! jadi pemikiran agak sama tapi banyak yang aku perlu belajar dari dia.

respect akak naqibah.

Jadi kat rumah aku cuba untuk memanfaatkan masa yang ada dengan sebaik-ii nya. Alhamdulillah. Salah satunya aku banyak membaca blog-ii berkaitan " Bulatan gembira " dan salah satunya adalah melalui blog nie http://angelwearsgucci.blogspot.com/. Just call him Inche Gabbana. Subhanallah cara penyampaian dakwah yang Inche Gabbana tulis sangat mendalam.kadang-II aku sentap  sendirian baca penulisan dia.Subhanallah. penulisan yang sangat dekat dengan hati kita sebenarnya dan apa yang inche Gabbana tulis tu kadang-ii buat aku terpikir dua tiga kali sebab memang  kene tepat kat aku. Tahniah sebab ' tembakan ' terkene tepat pada sasaran..Allah. Semoga ALLAH rahmati kamu akhi. 

Nages .

Dari situ aku faham, untuk melalui jalan ini bukan mudah. Sekali aku diikat,kemas-ii masuk "bulatan ohsem", masuk "jalan dakwah" banyak dugaan harus aku tempuh.Pengorbanan, komitmen usah cakap, namun aku percaya akhirnya nanti tiada nilai dapat aku bayangkan keindahanya. Kadang kala terpaksa berselisih pendapat dengan dia.kau.mereka. Kadangkala terpaksa berbahas dengan manusia yang punya akal tapi lain fitrah. Huhh! penat. Dah mula give up..?? tidak. Jap! dua titis air mata gugur... 

sambung. antara yang paling aku takut. adalah yang ini.

"Ya Allah! Aku tengok seminggu sekali dia pergi bulatan gembira. Tapi sekali pon dia tak pernah pon nak ajak aku ya Allah! Seminggu sekali! Kau azab dia ya Allah. Kau azab dia sebab dia dulu nak baik sorang-sorang je!"
 "Ya Rabb! Dia sekelas dengan aku selama tiga tahun. TIGA tahun ya Rabb! Sekali pon dia tak pernah tegur atau nasihat aku berkapel dan meronggeng setiap malam. Kalau aku dihukum masuk neraka, aku mahu tarik dia bersama!"
 "Ya Rahman, Ya Rahim. Aku menjadi ibunya sejak dia lahir sehinggalah aku menghembuskan nafasku yang terakhir. Aku tahu dia ke sana ke mari buat dakwah, ajak orang kepada Islam. Tapi tidak pernah sekali pon dia ajak aku ya Allah. Tak pernah sekali pon dia nasihat aku tak tutup aurat dengan sempurna ya Allah!" 
                                                                                             - Inche Gabbana -

sekarang boleh kamu bayangkan apa aku rasa..?? . Alhamdulillah maknanya kita sama-II masih punya iman di dada. Yang part last sekali tu buat badan aku terketar-ii bila baca. Ya, si ibu yang lahirkan aku. ya,dia. Allah. kuatkah aku untuk sampaikan dakwah untukmu ibu..?? sedang aku masih perbaiki diri,sedang aku masih bergelumang dosa, sedang aku masih pendosa tanpa noktah.. mata berkaca tunggu air mata gugur.. T___T


Alhamdulillah. masih dikurnia sahabat yang sentiasa menyokong yang boleh pinjamkan bahu untuk aku bersandar sekejap . Teringat saat ketika aku mula-ii berkenalan dengan "gerabak tarbiyah dan dakwah" dulu aku hanyalah kosong! berbanding sahabat-ii yang lain yang lagi tinggi ilmu agama.

sungguh. 


aku sedikit merendah diri, tidak yakin,lebih banyak berdiam dari berkata-ii.Namun, itu pentingnya proses " Taaruf ". Aku kenal mereka dan mereka kenal aku. dari situ aku mula faham tidak semua manusia sempurna, hidup bersahabat, saling tegur menegur, bantu membantu, dari situ aku mula bina kekuatan, sampai bila harus hidup berdiam diri, bak kata akak naqibah   " tak tahu tanya, jangan duk diam diri buat-ii tahu " . Ya.kita semua sama tiada beza, cuma amalan berbeza. Yang paling touching bila sahabat cakap,


" saya tahu awak kuat, kalau tak mane mungkin ALLAH pilih awak lalui jalan nie " sambil laung kuat-ii O_o


Allah, tahu ape aku rasa mase tu, bertapa ALLAH sayang aku, Allah.Allah.. sebab kurnia aku sahabat yang sangat ohsem dan tentulah sebab aku antara yang terpilih untuk melalui jalan ini. Ok, terharu sambil garu-II kepala.eheh!


Paling aku terharu sekali bila kat rumah pon buat usrah ok dengan sahabat saya sayang dunia akhirat, tirah dengan izyan.. ok, usrah lah kot walaupun xde bulatan mungkin memanjang je shape dia kat Pantai..eheh! Masa minta pendapat diorang! Masya Allah. terasa satu-ii beban hilang.. betul. betul dan di selang seli bab " kawin " ok x nak cakap hal tu. haha.. 


Syukran coz always be at my site.. and with your kindness to lend your ears for a minute. appreciate it. true .Semoga ALLAH rahmati kamu sahabat. Deep ^^

Aku tak janjikan bersahabat untuk selamanya

Aku tak janjikan bersahabat sampai tua
Aku tak janjikan bersahabat seadanya

Apa aku tahu, in shaa ALLAH kita akan bersahabat sambil berpimpin tangan menuju ke Jannah-Nya. Aku . Kau .Dia sama-ii hamba DIA. 
Akurlah wahai manusia, kita Hamba DIA Pencipta.










One words that can describe what i feel now.. " Awesome ". Thanks for being there when it goes up and down. May ALLAH bless our ukhwah till Jannah and for Mardhatillah. Keep hold our hands and read du'a " Rabitah " ..in shaa ALLAH ukhwah will forever .


Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat

Wednesday 22 January 2014

: MUSA vs HARUN :


Photobucket

Sekadar perkongsian untuk jiwa.hati.rohani
Semoga iman semakin tinggi, ego semakin rendah

Syukran *tunduk,tangan kat dahi :D









Dia cuma sahabat. Dia bukan malaikat Maka hargai masa lapangnya. Fahami waktu sibuk sendirian dia. Seperti dirimu, dia juga punya rasa punya jiwa. Ada waktunya, mudah terluka.

 Maka pelihara aib dia. Tika dia sedang berusaha perbaiki dirinya. Kerana dalam bisu bicara dia. Mungkin kau benar benar asbab kekuatan jiwanya. Mungkin doanya lebih banyak untuk kebaikanmu. Dalam sujud sujud rahsia dia. Dengan Tuhannya.

Maka selami kerisauan dan ketakutan dia. Pada sinar matanya. Mungkin dalam kebisuan bicara. Mata dan sentuhannya punya lebih makna. Jangan kerana satu kesilapan dia. Kau hukum dan lupakan kebaikannya. Jangan begitu sayang. Kerana doanya untukmu sentiasa ada. Mohon lindungan Tuhanmu.

Maka ketika dia ingin berbicara. Dengarkan, luangkan waktu untuknya. Mungkin dia banyak meluah dengan airmata. Bila kau tiada. Kerana dia manusia. Bukan kau saja yang ingin bercerita. Tapi dia juga. Pasti punya kisah duka gembira. Untuk dikongsi bersama.

Maka jangan kau harapkan sempurna dia. Untuk sentiasa ceria gembira. Untuk tertawa tanpa bermasam muka. Bila kau tak pernah mahu tahu hatinya. Kerana dia cuma sahabat, bukan malaikat.,
Ambil masa. Genggam tangannya. Seka airmata ketakutannya. Bisikkan pada dia,

Tika Musa takut bertemu Firaun. Dia berdoa, minta dikurnikan teman. Dia tak sedirian bila Allah datangkan Harun. Maka andai aku ini Musa, semoga kau adalah Harunku.


Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat

Monday 20 January 2014

: CEMBURUKAH AKU :

                               Photobucket



Alhamdulillah, after a few month! finally :D


May ALLAH peace upon you, upon me and upon all of us, in sha Allah. Such a great time to start my "semester break" after a few day keep on struggle with exam week. Alhamdulillah, people around me such a awesome person who is keep support and give a lot expensive tips and advise to me. What can i say, syukran family, akhi, ukhti you all are ohsem. *please claps your hand* mabruk.mabruk 


                         

ya Allah jagalah hatiku..lindungilah aku dari segala perkara yang buruk... :) tenangkanlah hatiku...

.................................................................................................................


Bercakap tentang cemburu, ya aku memang kaki cemburu.cemburu yang teramat, aku akui, aku cemburu dengan manusia yang mampu bangun malam ber "qiam" bermunajat kepada Allah, sedangkan aku masih lagi dibuai mimpi-II indah buatan syaitan. Allah :(

Aku cemburu, dengan muslimah yang mampu menutup auratnya dengan sempurna, mabruk ukhti kerana mampu meninggikan darjat sebagai seorang muslimah dan memahalkan dirimu.Semoga Allah redha denganmu wahai wanita solehah bakal penghuni syurga, sedang aku masih terkapai-II untuk belajar istiqamah. Allah :(

Aku cemburu dengan manusia yang penuh ilmu akhiratnya, sedangkan aku masih lagi mencari ilmu illahi dan kadang-II terlepas pandang ilmu yang bakal membawa manfaat kepada aku di akhirat kelak. Allah :(

Aku cemburu dengan para Hafiz wal Hafizah yang sudah habis menghafal dan mentaddabur Al-Quran sehingga ke helaian yang terakhir sedangkan aku masih di helaian yang sama kerana penat dengan dunia semata-II dan akhirnya helaian itu lama tidak di buka. Allah :(

Aku cemburu dengan manusia yang mampu menyampaikan dan menyebarkan  dakwah dengan bebas namun tidak berani untuk menyebarkan dakwah tersebut, sedangkan aku, terdapat banyak  halangan yang menbantutkan niat untuk menjalankan dakwah dan  kadang kala niatku juga terbatas. Allah :(

tapi

............................................................................................................

Bila aku muhasabah kembali, aku bersyukur kerana DIA masih memberi aku kesempatan untuk memperbaiki, dan melakukan semua itu walaupun masih di tahap meng"upgrate" to be a better muslimah. in shaa Allah. Ya, Allah maha Pengasih lagi maha Penyayang . 





Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat

Next Previous Home