}

Thursday 4 July 2013

~ ALLAH Bersamamu ~


Photobucket

Dr.Morsi, im proud of you :)


Sesungguhnya,
Aku melalui jalan-jalan yang sukar sangat,
Bukanlah aku mahukan jawatan sebesar ini,
Bukanlah aku dambakan kedudukan teratas sebuah negara,
Bukanlah impianku untuk menjadi orang pertama harapan rakyat,

Keberadaaanku adalah kerana ALLAH mahukan agama ini dijaga,
Kerana agama ini sahajalah penyelamat segala,
Kerana kebenaran ini sahaja yang membuka mata,
Menyedarkan hati-hati yang kebutaaan agama,

Islam ini bukanlah semata-mata luaran pakaian sahaja,
Islam ini bukanlah pada percakapan dan manis tutur kata sahaja,
Islam ini perlu bergerak seiring dengan iman,
Iman yang membuktikan segala kepatuhan agama,
Kerana dalam setiap apa pun,
Sama ada hati, percakapan, ataupun perbuatan, Itulah islam bagiku,
Kaffah, menyeluruh, Kita bukan islam biasa-biasa.


Maka itu yang aku mahukan ianya berlaku dalam negara kita,
Segala macam korupsi yang ada,
Apakah dianjurkan islam?
Dengan segala hak rakyat menjadi hak milik orang-orang besar,
Adakah itu yang islam harapkan?

Orang-orang miskin di tepi jalan,
Semakin ramai yang menganggur, jenayah dan maksiat, berpeleseran seperti syaitan,
Apakah itu yang islam anjurkan?

Itulah yang mahu aku baiki,
Untuk semua rakyat di negara ini,
Kita ada agama yang memimpin hidup kita,
Kita ada TUHAN yang akan menilai tingkah laku kita,


Ingat hari kiamat akan muncul, dan semuanya akan dipertontonkan semula.
Aku memohon ampun atas kelewatanku,
Untuk mengurus negeri ini,
Aku mengetahui batasan aku,
Aku mengakui ketidakmampuanku pada sesuatu perkara,

 Namun, ku mengharapkan,
 kamu membantu aku,
 Bersama-sama kita bangunkan negeri ini,
 Jika tidak ada sokongan kamu,
 Aku tidak akan berada di sini,

Ku hanya memohonkan sabarmu,
Ku hanya memohonkan komitmenmu,
Ku hanya memohonkan bantuanmu,
Bantulah aku untuk kita bina negara ini bersama,
Kerana ianya bukan hak mutlak diriku,
Dia adalah milik kita bersama,

 Tetapi keadaannya tidak demikian,
 Kau malah menuduh aku bermacam-macam,
 Sikapmu yang tidak sabar,
 Ianya hanya merugikan kita.

 Maka, aku hanya mengharapkan ALLAH Yang Satu,
 Untuk membantu perjuanganku ini
 Kerana DIA bersikap tidak pernah meninggalkan Hamba-NYA,
 Maka aku hanya berpegang dengan Tali-  NYA,

 Allahumma, bantulah aku Ya ALLAH, kerana aku membawa Agama-MU,
 Allahumma, sentiasalah bersama- samaku ALLAH, untuk memimpin negara ini,
 Allahumma, kerana cukup Kekuatan-MU Ya ALLAH,

 Maka aku merasa KAU mencukupi untukku.

 Bismillahi tawakkaltu 'ala Allah, la haula wa la quwwata illa billah!

Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat

Thursday 18 April 2013

~ TOMBOY ~


Photobucket

Selamat bertemu kembali sahabat yang kucintai,sayangi&kasihi kerana ALLAH taala. Rindu untuk berdiskusi dan berkongsi cerita dengan korang.Ya ALLAH hanya Dia yang tahu aku amat meridui sahabatku sekalian. Ok, xde kaitan dengan entry namun hanya itu yang mampu aku luahkan untuk menyatakan bahawa "aku sayang korang"...... =(

fokus cma..fokus.

berbalik kepada tajuk, tomboy!
perkara mengubah naluri yg dicipta TUHAN nie bukan sesuatu yg remeh. Nak dijadikan cerita masa di kelas ujian memandu tidak lama dahulu, aku telah disapa oleh seseorang! ya, serious secara mata kasar ok secara fizikal lah senang memg nampak "real" macam lelaki. Macam mana aku boleh cakap sedemikian, mana taknye,cara dia ber"dressing" betol betol macam lelaki.Siap bertopi, jeans lusuh, dan sebagainya.

rasulullah pernah berpesan bahawa ALLAH S.W.T melaknat kaum lelaki yg menyerupai atau berlagak seperti wanita dan kaum wanita yg menyerupai atau berlagak seperti lelaki      [ HR Bukhari]

Laknat itu sinonim dengan hukum haram dan kemurkaan,Kemurkaan ALLAHS.W.T dan rasulnya tak sama dengan kemurkaan ibu dan ayah kita.Jika ayah ibu murka,mereka hanya marah,membebel dan berkasar sedikit seperti merotan kemudian membiarkan sahaja anak anak buat apa yg mereka suka.Namun kemurkaan ALLAH S.W.T jauh lebih dasat sifatnya.ini kerana kemurkaan-Nya seperi hati tidak tenang.hilang keberkatan dan akhir sekali azab yg tidak terperi sakitnya sama ada di atas dunia mahupun di akhirat kelak. Nauzubillah


Oleh tu jangan suka suka nak menukar jantina kalian. INGAT bahawa azab bagi mereka yg melakukan perbuatan tersebut sangat pedih.Walaupun ada segelintir yg menyatakan bahawa mereka lebih senang menjadi kaum ADAM kerana katanya, kaum adam tidak oerlu menutup aurat, seperti rambut,tak perlu pakai tudung,tak perlu itu,tak perlu ini. dan banyak lagi alasan yg dicipta. Hah! istirgfarlah.Bersyukurlah dengan segala pembarian ALLAH. tak perlu nak ubah kerana setiap kejadian itu ada hikmahnya yg belum kita nampak.

sekadar perkongsian yer sahabat. THANK YOU VERY VERY MUCH..nomo nomo kamao.syukran jiddan jiddan wajazakumullahukhairan =)
NotE : angah tu baik sangat,

Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat

Friday 12 April 2013

~ PIMPIN SAYA ~


Photobucket

Ya Allah. aku rindu dia, rindu mereka , rindu sahabat saya :)

Ada sahabat tak? tipulah kalau korang kata tak ada.

Ya, sahabat yang sentiasa ada di kala susah dan senang, bukan 24 jam ade setiap masa 
kalau awak rasa sahabat itu hanya perlu semasa senang sahaje, ok dengan hormatnye saya bagitahu yang awak boleh berundur kerana perspektif anda salah!

Tapi. cuba lihat, adakah sahabat anda itu boleh memimpin anda ke syurga atau hanya akan mendorong awak ke neraka? adakah kata katanya meningatkan awak tentang Allah? adakah kelakuanya sentiasa berlandaskan syariat yang digariskan islam? adakah setiap amalnya mengikut sunnah sunnah nabi muhammad? adakah..adakah..adakah..

Fikir.Jika sahabat awak itu masih di dalam sangkar jahiliah maka, sebagai sahabat, awak bimbinglah dia menuju ke jalan Allah.bimbinglah dia kembali ke pangkal jalan, bimbinglah dia kembali patuh kepada syariat islam.bimbinglah dia sekadar yang awak tahu.Bimbingalh.bimbingla..bimbinglah dia menuju erti sebenar tarbiyyah dan dakwah.



Berkawan jangan hanya di dunia sahaja, biarlah sampai ke JANNAH. baru lah best, awesome.

Jika awak seorang sahabt, peganglah erat erat tangan sahabatmu itu, jangan biarkan sahabat awak tu jatuh tersungkur,Ayuh bangkitlah ! pimpin erat tangan sahabatmu ,hulurkan tanganmu sahabat.

jika awak seorang sahabat, capailah tangan sahabatmu itu, bawalah sahabat awak menuju ke syurga dan halang sahabat awak dari terjerumus ke dalam neraka jahannam ! nauzubillah.

ingatlah kataku ini .. yeahh!! Shima 
"jangan berkawan dengan seseorang yg tidak membangkitkan semangat taat kepada Allah,amal kelakuanya dan tidak memimpinmu ke jalan allah" -kitab al hikam

serious, terketar ketar membaca ayat nie. takut kawan yg tidak memimpin ke jalan allah adalah aku. kawan yg tidak membangkitkan semangat taat kepada Allah adalah aku. ya, aku takut! takut! :(
"seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya,maka berwaspadalah dalam memilih sahabat"  [HR Ahmad]

Ayuh! pandanglah ke hadapan, jangan sesekali lagi menoleh ke belakang, teruskan perjuangan wahai sahabat. majukan diri untuk agama, bangsa dan negara.Teruskan jihad ke jalan Allah yg dikasihi.Capailah tangan sahabat awak.

muhasabah.. berubah..hijrah

Ya terima kasih, "dia" itu adalh aku yang masih lagi jahil dalam ilmu islam.Bantulah "sahabatmu" ini .

Note : saya sayang kamu "sahabat"



Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat

Sunday 31 March 2013

~ KEHILANGAN SI DIA ~

Photobucket


Apa khabar semua? *muka ceria* Alhamdulillah masih dipinjam nikmat itu untuk seketika.Terima kasih ya Allah.Tangan ku dakapkan di dada,sambil mata terpejam. Syukur alhamdulillah.
La Takhaf Wa La Tahzan Innallaha Ma'ana. Janganlah kamu takut dan janganlah kamu bersedih hati. Sesungguhnya Allah ada bersama kita.

Ya, perasaan itu muncul kembali setelah sekian lama.Rasa itu kembali lagi.kembali lagi ke situ.Ya Allah rasa sakit itu datang! sakit! sakit! sakit sungguh tak terperi.Sepertinya sudah tidak tertahan lagi, jika ini dugaan mu aku terima ya Allah ya tuhanku.Seikhlas ikhlas hatiku.Aku redha dengan ketentuanmu.Hati mula tewas dengan perasaan sendiri.Ya,ke tertewas.Betapa lemahnya dirimu bergelar wanita.Perlahan air jernih itu mulai membasahi pipi.. :(

"Allah"

terketar ketar ku cuba menyebut namamu.terketar ketar ku memohon padamu. Bersusah payah mulut menyebut namamu. Andai ada yang memerhati ketika itu, aku tiada kekuatan, menangis! menagis! dan terus menangis.semakin laju air jernih membasahi pipi.
ku menyebut.. menyebut.. dan terus menyebut..

"Allah"

Apa khilafku ya Allah.apa salahku Ya Allah.apa salahku ya Allah sehingga mengundang murkamu ya Allah. Ku cuba mengigati kembali kelakuanku, sikapku, niatku, Ya Allah.aku hambamu yang penuh dengan dosa. Nauzubillah

Tangan masih setia di dadaku.Terasa dengupan itu laju..laju dan semakin laju. Hati mulai rasa tidak menentu. penuh dengan pelbagai perasaan. Ya, aku mulai tidak tenang.Dengupan itu laju bagai tiada penghalang dan tidak tahu bilakan akan berhenti.Dengupan itu bagai mengambarkan segalanya.Ya, aku merasainya.

Kenapa perasaan itu kembali?.kenapa si dia harus berlalu pergi.Ya pergi meninggalkan jasadku yang masih memerlukannya.Siapalah aku tanpa si dia.Mungkin tidak dapat kugambarkan padamu wahai sahabat sekalin perassan ku tika itu.Saat si dia pergi berjalan laju meninggalkan hati.Sakitnya bukan hanya pada hati, malah pada akal yang memerhati.

"Allahu rabbi kemana si dia pergi? kemana harus ku cari..hati mulai gelisah dan tidak dapat digambarkan.Apa yang harus ku lakukan untuk merayu si dia kembali.. ?"


kehilangan si dia pada awalnya hanya biasa biasa.Tiada apa yang berubah pada diriku.Ya aku yakin si dia bukan siapa siapa.Ya si dia begitu tinggi harganya.setelah lama si dia tiada baru aku perasan dan mulai tercari cari kewujudanya.Entah aku masih berkesempatan bertemu si dia atau hanya pasrah.

Sudah pelbagai cara diikhtiarkan. Sudah pelbagai bahan ilmu dibacakan. Sudah didengar alunan ayat-ayat kebesaran. Sampai seperti mana semasa si dia itu tiada, air jernih itu sudah berhenti membasahi mata. Dan kini sehingga air jernih itu kembali membasahi. Si dia tetap juga tidak mahu kembali. Apa khilafku kali ini? Si dia itu, jika kembali lagi menghuni hati. Pasti aku janji untuk tidak mengabaikannya walau seinci. Pasti aku janji untuk tidak melupakannya walau sehari. Pasti aku janji tidak akan lalai untuk bertanya khabarnya dari hati.

 Kini,si dia telah selamat kembali.

Bibir kembali mengukir senyuman. Air jernih yang mengalir juga sudah dikeringkan. Nafas ditarik dan dilepaskan perlahan. Tangan kembali letaknya pada hati yang degupnya kembali seperti kebiasaan. Mata diturunkan penglihatan. Dengan kepayahan bibir berbicara pada si dia yang kini sudah kembali, "Iman, apa khabar kamu hari ini? Janji ya bahawa kamu tidak akan lari dariku lagi."

Dan ya, si dia itu iman. Iman yang dikurnia Ilahi untuk hati.

note : Kehilanganmu sungguh berat bagiku

Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat

Friday 22 March 2013

~ AKU BERSYUKUR YA ALLAH ~


Photobucket


Ramai antara kita lalai dan bangga dengan kejayaan yang diraih dan merasakan bahawa kejayaan itu adalah kerana diri kita yang telah berusaha keras. Apabila lulus peperiksaan, kita rasa itu hasilnya sebab kita rajin ulangkaji, kita rasa ia hasil penat lelah kita belajar sampai larut malam. Bila dapat naik pangkat, kita yakin itu sebab kita rajin buat kerja, kita rasa boss sayang kita. Namun, hakikatnya kita lupa, "tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah", jika Allah tidak mengizinkan, jangan kata untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan, bahkan untuk memegang pen untuk menjawab peperiksaan pun kita tidak mampu.Baru lah nangis sakan kan? Ya,semua itu adalah pembarian tuhan kepada kita. Begitu juga usaha kita untuk naik pangkat tidak mungkin berjaya tanpa izin Allah. Nauzubillah.

Daripada Aisyah RA: bahawa Nabi SAW bangun di waktu malam (bersembahyang) sehingga pecah-pecah kedua kakinya. Aku bertanya kepadanya, “Kenapa engkau lakukan ini wahai Rasulullah SAW? Sedangkan Allah SWT mengampunkan dosa engkau yang terdahulu dan yang terkemudian”. Jawab baginda, “Tidakkah aku suka menjadi seorang hamba yang sentiasa bersyukurHuraian Hadith:

 Ayuh sejenak kita muhasabah diri, tanpa keredhaan Allah, tanpa izin dan perkenan Allah, siapalah kita pada hari ini? Betapa hebat mana pun kita, namun tidak mampu melawan takdirnya Allah. Betapa gigih usaha kita, namun jika Allah tidak mentakdirkan kejayaan itu untuk kita, namun tidak mampu sesiapa untuk mendapatkannya untuk kita. Justeru, kepercayaan pada kekuasaan Allah akan sentiasa membuatkan kita ini menjadi manusia yang merendah diri kerana kita yakin bahawa setiap kejayaan kita adalah milik Allah. Hamba yang bersyukur itu menyedari bahawa setiap kejayaan yang diraih adalah sekadar pinjaman Allah. Setiap nikmat itu adalah bahagian yang menjadi amanah Allah untuk diuruskan. Natijahnya, insan yang menyedari Allah adalah penentu setiap kejayaannya akan meletakkan keredhaan Allah sebagai matlamat utama dalam setiap tindak tanduknya.Alhamdulillah,Aku bersyukur padamu ya Allah :)



Orang yang menyedari hakikat keterbatasan dirinya sebagai hamba akan menjadi insan yang sentiasa bersyukur dan merasakan keagungan Allah. Kejayaan yang digenggam tidak akan menjadikan dirinya sombong bahkan menjadikannya dirinya semakin tunduk.;) Tiada apa yang lebih bermakna selain dapat bermuhasabah diri supaya dapat merenung seketika sejauh mana telah kita capai dalam kehidupan ini. Seimbangkan antara tanggungjawab sebagai hamba-NYA dan juga tanggungjawab didunia....

Kita hendaklah sentiasa bersyukur di atas segala nikmat yang Allah SWT kurniakan. Setiap muslim hendaklah melakukan ibadat sunat untuk membuktikan kesyukuran kepada Allah SWT. Setiap manusia hendaklah berjuang melawan hawa nafsu dengan sentiasa beramal soleh untuk menjadi hamba yang lebih diredhai. Seseorang yang menerima nikmat sewajarnya meningkatkan kesyukuran ke hadhrat Allah SWT.




Note : tidak dilupa kepada pa&ma sekeluarga, guru guru, rakan rakan yang banyka membantu.syukran jazilan



Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat

Friday 8 March 2013

~ OH KOREAN~


Photobucket


K-Pop. Bila dengar perkataan ni mesti kita akan terbayang group-group atau band-band korea yang tengah menyanyi-nyanyi dan menari-nari di atas pentas. Sama ada lelaki atau pun perempuan. Solo mahupun berkumpulan dengan muka muka diorang yang agak cute sebab banyak yang diorang dah ubah kat muke tu..

Boleh dikatakan sekarang ni fenomena K-Pop memang sedang menjadi-jadi di negara kita. Buktinya, ramai kawan di sekeliling saya yang minat K-Pop, tak payah tunjuk orang lain sebab tuan nie pon boleh "histeria" jugak dengar K-Pop. Bukan setakat lagu-lagu yang menjadi pujaan. Tetapi perkembangan semasa artis-artis ni jugak diketahui. Sampai sanggup membaca berita pasal artis-artis ni secara online tiap-tiap hari. Bagi yang agak fanatik, banyak lah post-post pasal artis kesayangan mereka dihebahkan di facebook@twitter.Dulu, banyak masa dihabiskan dengan cerita cerita korea nie."Running man", "Family outing" buat aku gelak sorang sorang sampai pa dengan ma tengok pelik." tengok cik de suke sorang sorang tu " hehe



Bahkan ada artis-artis di Malaysia yang cuba meniru artis-artis K-Pop ni dari segi penampilan, lagu, tarian dan macam-macam lagi la. Sedih jugak bila tengok keadaan macam ni. Tak perlu lah nak ikut artis-artis korea ni. Lebih-lebih lagi yang perempuan sebab artis kita memang dah cantik dah pon tak perlu sangat lah nak tiru artis korea tu.

Kita sedia maklum macam mana cara penampilan mereka kan. Memang tak menutup aurat. Tak cukup kain. Seksi sangat. Kalau difikir secara logik. Mereka bukannya orang Islam dan mereka tiada batas-batas aurat tertentu yang perlu dijaga dan menyebabkan mereka memakai pakaian sebegitu. Tapi, di Malaysia yang ikut trend mereka ni orang Melayu dan majoritinya ISLAM. Dan kita ada batas-batas aurat yang perlu dijaga.

Tak dinafikan fesyen-fesyen dari Korea memang sangat cantik. Kadang-kadang rambang mata juga dibuatnya. Memang cantik. Tapi cantik pada pandangan manusia belum tentu cantik pada pandangan Allah. Fikirkan, mana satu yang kita nak? Cantik pada pandangan mata manusia atau cantik pada pandangan Allah? Mesti la kita nak cantik pada pandangan Allah kan?

 Jadi, tutup lah aurat dengan sempurna, baru Allah suka :)
 Dan satu lagi yang menjadi kegilaan ramai ialah drama Korea. Kadang-kadang sanggup tak tidur malam sebab nak menghabiskan satu-satu drama ni. Maklum lah satu drama sekurang-kurangnya ada 16 episod. Dan bila dah mula nak tengok, memang akan addictive. Nak tengok lagi. Nak tengok lagi. Haa, mesti pelik macam mana saya tahu kan? Actually, satu masa dulu saya boleh dikatakan Korean drama 'addict'. Memang sangat-sangat suka tengok drama-drama Korea ni. Jalan cerita memang menarik dan romantik. Dan pelakon-pelakon Korea kacak-kacak dan cantik-cantik. Lagi la rasa tertarik nak menonton. Alang-alang tengok tu, boleh la cuci mata sekali kan. Opps! Tapi kan, Allah ada berfirman dalam Al-Quran:

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat". Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya." (An-Nur, 24: 30-31)

 Most of us ingat kita kena jaga pandangan bila berhadapan secara direct je dengan lelaki/wanita bukan mahram ni. Tapi kita silap sebenarnya. Bila kita tengok drama atau filem, kita pun wajib jaga pandangan kita. Dan dalam ayat Quran kat atas, Allah tujukan kepada orang-orang yang beriman. Saya nak jadi orang yang beriman. Bukan mudah nak jadi orang yang beriman ni. Salah satu caranya buat apa yang Allah suruh. Allah suruh jaga pandangan. Jadi kenalah jaga kan?

 Dan satu lagi, bila terlalu banyak menonton drama ni sebenarnya kita sudah banyak membazirkan masa kita. Kadang-kadang jadi hanyut dengan cerita cinta drama korea ni. Sebab jiwang sangat. Satu kerja pun tak jadi. Mula lah terbayang-bayang. "Best nya kalau dapat boyfriend or girlfriend (p/s: no COUPLE in Islam) macam hero/heroin cerita ni." Duduk mengelamun dan berangan-angan sahaja pun dah berjam-jam. Mungkin kita tak sedar, apa yang kita buat ni termasuk dalam perkara yang sia-sia. Kenapa saya kata sia-sia? Sebab benda ni tak bagi manfaat pun pada kita. Bagi kita jadi lagho ada lah.

 Tahu tak, Allah ada berfirman dalam Al-Quran dalam Surah Al-Mu'minun ayat 1-11 bahawa antara ciri-ciri orang yang akan mewarisi Syurga Firdaus ialah orang yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia.

 Haa, Allah pun dah cakap kan. Kalau kita tinggalkan perkara yang sia-sia ni, Insya Allah kita akan dapat masuk Syurga Firdaus. Whoah! Siapa yang tak nak masuk syurga? Mesti semua orang nak kan. Jadi, kita kenalah tinggalkan perkara yang sia-sia ni.Sekarang tengah mencuba untuk lupakan diorang sedikit demi sedikit bukan tinggal terus,Hheehe :D

NOTE : agak agak boleh ke ?



Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat

Thursday 28 February 2013

SELAMAT HARI LAHIR WAN SUHAIDASHIMA


Photobucket

Hari lahir merupakan hari yang sangat istimewa bagi semua orang.begitu juga dengan diri ini.Hari ini genaplah umurku 20 tahun." YA ALLAH da besar daa.. kalau dulu dah anak 2 dah." ma pesan.
" Berdoalah kepada ALLAH agar umur kita dan kehidupan kita diberkati olehNya"

ya allah terima kasih di atas umur yang berharga,kasih sayang yang berpanjangan,keampunan yang berpanjangan.keluarga yang mawaddah dan sakinah,Terima kasih juga ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan.Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan yang mematangkan diriku.Terima kasih juga untuk bakat yang Engkau turunkan dan berikan.Sesungguhya terlalu banyak nikmat yang Engkau berikan padaku..dan terlalu sedikit pengabdian yang ku lakukan kepadaMu ya Allah.


Engkau tetap menerimaku,walaupun aku terkadang alpa dengan duniawi semata mata.terkadang aku kalut memikirkan dunia hingga terlupa akan cinta hakikimu ya Allah.Engkau tetap melindungiku walaupun pada satu tahap aku seringkali mudah berputus asa.Ya Allah ampunkan aku apabila aku seringkali merintih & mengadu kepadaMu tentang ketentuan yang Engkau berikan padaku ya Allah.Sesungguhnya aku lebih senang mengadu padamu walaupun ada yang ingin membantu.Bukan kerana angkuh,namun hatiku lebih tenag bersamaMu ya Rabb.Ada hambamu yang lemah.kerana adakala imanku mudah goyah akan bisikan syaitan.



Dalam usia yang semakin bertambah ini,aku ingin semakin dekat denganMu ya Allah.ingin lebih mengetahui tentang kewujudanmu,ingin lebih mengabikan diri padamu.Pimpinlah aku ya Allah agar aku tidak mudah jatuh,agar aku terus berdiri.Di hari lahirku ini juga ingin aku memohon kau berkatilah setiap pelakunku,ampuni dosa ibu bapaku,kasihani mereka seperti mana mereka mengasihini aku sejak aku kecil lagi ya allah.Jadikan aku hambamu yang membawa manfaat kepada orang lain.Ameen.



Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat

Tuesday 26 February 2013

~ FADHILAT MENCIUM ANAK ~

Photobucket


Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

 Barang siapa keluar ke pekan dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tanganuntuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di akhirat kelak.

Tahukah anda jika dibiasakan mencium anak sendiri, sifat mendera serta memukul anak boleh dihindarkan? Dengan wujudnya sifat suka mencium anak, hormon dan bau anak kita itu akan sebati ke dalam otak kita sekaligus mesej yang mengatakan “aku sayang anak aku” akan tersemat terus ke dalam jiwa

.

  *Semoga bermanfaat untuk dikongsikan...

NOTE : ingat dulu mase skolah,pagi pagi klau x duduk hostel cium pipi ma ngn pa (sweet time tu)
dan kalau kat hostel nangis2 ingat kat diorang

sumber : i luv islam

Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat

Friday 22 February 2013

~ TINTA INDAH PENGUAT JIWA ~

Photobucket


Hidup ini adalah suatu perjalanan. Penuh erti, penuh ranjau, penuh duri... Namun bukan sakit tertusuk duri itu yang penting tetapi nikmatnya apabila duri itu tercabut dari daging. Bagaimana ia dikeluarkan juga betapa ianya penting. Sakit, meraung... tetapi jangan berhenti mengeluarkannya. Kelak menjadi bisa yang tidak terawat. Dan setelah itu bersyukurlah dengan segala kehendakNya. Sakit tertusuk duri itu mungkin sahaja penyucian kifarah yang dilakukan. Mungkin juga mehnah dari Yang Esa untuk mendidik hati bertabah serta mensyukuri setiap kejadian tanpa keluhan.


 UJIAN... Jika ujian di bangku sekolah dapat jua dihafal formula-formula untuk melaluinya. Namun yang bernama ujian hidup adalah yang datang tanpa salam, tanpa diundang. Datangnya dengan kehendak Ilahi yang mahukan manusia memaknakan kehidupan dengan menggunakan akal berbataskan keimanan. Demikianlah didikan Allah. Memanusiakan seorang manusia!

 CINTA... Manusia dihidupkan atas cinta. Cinta itu meluas. Cinta kepada Allah, kepada Rasul, kepada ibu bapa, kepada suami, kepada isteri, kepada sahabat. Malangnya cinta yang pernah dijumpai telah disempitkan dan tersepit oleh kurangnya faqih akan hakikat cinta. Cinta itu setia, jujur, kasih sayang, rindu, doa kebahagiaan. Benihlah cinta yang meniti atas dasar iman. Akan redhalah Allah pada cinta itu. Namun sayang seribu kali sayang, cinta itu tercalar keluhurannya. Terselit pengkhianatan, ketidakjujuran... dan akhirnya perpisahan... Yang meninggalkan mencari pengganti. Segala janji terlupus begitu sahaja. Ingatlah bahawa roda kehidupan ini sentiasa berputar. Hari ini kita mengkhianati. Esok mungkin kita dikhianati. Hari ini kita mencipta luka di hati yang lain, mungkin esok hati kita pula yang terluka.


 SABAR... Bukan mudah untuk memahami erti sabar apatah lagi untuk melakukannya. Saat derita menjengah rasa, seakan kita sahajalah yang derita. Kita sahajalah yang terluka. Duka itu milik kita. Sedih itu juga milik kita, sehingga kita terlupa untuk mensyukuri nikmat Allah yg lainnya. Nikmat Allah yang begitu melimpah ruah jarang disyukuri tetapi bila didatangkan ujian, melaralah sekeping hati. Itu sahaja yang diingat-ingatkan. Demikianlah resam insani.

 REDHA... Tidak diuji hambaNya dengan ujian yang tidak mampu ditanggung. Rebah, jatuh dan terduduk, semuanya mengajar kita untuk bangkit kembali. Sedang walangnya hati tertanya bagaimana untuk bangun?? Ya... hanya kekuatan sahaja yang mampu menarik... Maka yang bangun itu bukanlah diri yang lemah. Yang bangun itu adalah jiwa yang kuat. Redha itu adalah menerima dengan lapang dada biarpun tangisan menitis tanpa hentinya namun bertahanlah. Tangisan itu tidak apa-apa malahan menunjukkan kita hanyalah hambaNya yang lemah. Serahkan segala urusan pada Dia.


 SYUKUR... Alhamdulillah segala pujian hanya selayaknya untuk Allah. Hari semalam yang berlalu, biarkanlah. Hari ini yang dilalui, nikmatilah. Hari esok bakal tiba, bersedialah. Allah sentiasa memberi yang terbaik untuk hambaNya, maka kita sebagai hambaNya berkejaran lah mencari yang terbaik itu dengan segala usaha dan bermacam cara yang diredhaiNya. "Fastabiqul khairat" pesanNya. Jika berlari itu kemudiannya jatuh maka bangkitlah kembali. Tidak mengapa jika tidak ada tangan yang menghulur bantuan kerana ada 'tangan' yang lebih membahagiakan. Letaklah kebergantungan kepada Allah SWT. Semoga hidup sentiasa diberkati dan dibimbing untuk mencari wangian Jannah. Semoga beroleh kebahagian dalam mencari warna cinta Ilahi.


note : HAWA kan kuat!

Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat

Thursday 10 January 2013

~ PELIHARALAH AURAT ANDA!! ~

salamullah alayk :)

bismillah..testing! testing! testing! cubaan suara 1,2,3 cubaan..cubaan.. aduish.tehingat time jadi mc kat skolah.time forum.. cam gini "cubaan suara satu amlan gaya hidup sihat"..ok melalut tak tentu pasal.straight to da point.entry hari nie sangat bermanfaat..ade ukhti bagi kat saya punye inbox..jadi ape salahnye share kat korang pulak kan..mat salleh kabo " sharing is caring uolls" insha allah.. jom!

sememangnya aku jugak tak sempuran dalam bab bab tutup aurat nie..masih belajar..keep it learning.tapi, insha allah mahukan perubahn dari semasa ke semasa..ramai dari kita yang seringkali pandang remeh dengan pemakaian stokin kan.( girl lah especially ) in fact tu pon salah satu dari kewajipan tutup aurat jugak..nie tuan punye tanah nie pun same.pakai stokin tak penah nak istiqamah.lup lap lup lap.pakai if ase nak pakai je.astargfirullahalazim..hehe.but banyak yang saya blajar from my belove beloved beloved frend.thanks uolls.. diorang ustazah bersetail..weeelaweeii..insha allah lepas nie doakan supaya saya lebih istiqamah yer..ameen.

 Pernah kita dengar ungkapan bahawa suatu yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Barang kemas emas atau intan permata tentu tidak akan dibiarkan bersepah-sepah di atas lantai sebaliknya ditempatkan tempat yang khas. Bagi seorang lelaki yang bergelar suami, barangan yang paling mahal dan berharga ialah isterinya. Selain isterinya mahal kerana membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkannya, isteri juga adalah penyelamat iman dan maruahnya. Jadi, isteri perlu dijaga dengan rapi supaya dia tidak mudah keluar bebas hingga dapat dilihat orang lain begitu sahaja. Wanita atau isteri pada zaman dahulu jarang keluar rumah, apatah lagi untuk bersiar-siar di kota.

 Tetapi suasana zaman itu sudah berlalu kini. Sebaliknya kalau wanita dan isteri asyik terperap di rumah sahaja, dikatakan mereka tidak mengikut peredaran zaman. Sebenarnya Islam tidaklah melarang wanita atau Isteri daripada keluar rumah jika terdapat keperluan yang mendesak ke arah itu. Mereka boleh keluar rumah dengan syarat menutup aurat dan jaga keterampilan agar tidak terdedah kepada fitnah. Untuk wanita dihadkan kadar aurat yang wajib ditutup pada tempat-tempat tertentu.


 Berikut disenaraikan kadar aurat seperti yang tetapkan oleh Islam.
 1. Sewaktu seorang diri – auratnya ialah bahagian dari pusat hingga ke lutut.
 2. Sewaktu bersama perempuan atau mahram – auratnya ialah bahagian di antara pusat dengan lutut.
 3. Sewaktu bersama ajnabi – auratnya ialah seluruh tubuhnya.
 4. Sewaktu menghadap Allah (solat) – auratnya ialah seluruh tubuh kecuali muka dan pergelangan tangan.
 5. Sewaktu berhadapan dengan wanita bukan Islam atau waktu bekerja – auratnya seluruh tubuh kecuali    bahagian yang diperlukan dalam suasana kerja.

 Perlu dijelaskan di sini, aurat ialah bahagian yang perlu ditutup atau dijaga daripada dilihat atau dicemari oleh orang lain. Berdasarkan definisi itu, aurat ialah bahagian yang berharga bagi seseorang, maka ia perlu dijaga dengan sebaiknya walaupun sekadar dipandang dari jarak jauh. Menyentuh soal aurat yang di antara pusat dengan lutut, suka dijelaskan di sini bahawa bahagian tersebut perlu diambil kira ketika duduk dan berjalan. Maknanya kalau seseorang wanita itu sekadar pakai tuala mandi dari bahagian pusat sampai lutut sahaja, memang dibenarkan kerana itu had auratnya.

 Tetapi bagaimana kalau dia berjalan atau duduk di atas kerusi, sudah tentu lutut atau sebahagian pahanya dapat dilihat oleh orang lain. Di sinilah yang perlu diberi perhatian. Tetapi lazimnya wanita Melayu suka pakai tuala mandi dari paras payu dara hingga ke bahagian paha. Kalau dia ketika itu memakainya di hadapan suami, tidak salah kerana tiada had aurat ketika bersama suami. Tetapi bagaimana kalau dalam rumah itu ada anak, bukankah auratnya ialah di antara pusat dengan lutut. Jadi, elakkan berpakaian seperti itu di hadapan anak-anak apatah lagi di hadapan tetamu. Bayangkan kalau di dalam rumah sendiri, tidak boleh pakaian seperti itu, bagaimana sikap sebahagian wanita yang suka pakai skirt yang pastinya di atas lutut, dan ada juga yang pakai seluar pendek. Jelas pakaian itu tidak menutup aurat seperti yang dikehendaki Islam.

 Kita seharusnya boleh berfikir, kalau sewaktu bersendirian atau bersama wanita Islam atau mahram, berpakaian seperti itu masih termasuk dalam kategori mendedahkan aurat betapa kalau berhadapan dengan orang lain di luar rumah. Inilah yang jarang diberi perhatian oleh wanita pada hari ini. Selain itu, tudung yang dipakai oleh wanita pada hari, sebahagiannya sudah lebih glamor daripada mentaati perintah Allah. Lihat sahaja, tudungnya tidak menutup bahagian dada dan lehernya. Malah sesetengahnya pakai tudung tetapi tangannya tidak ditutup. Dalam Islam aurat bukan rambut sahaja tetapi seluruh tubuh badan seperti yang dijelaskan di atas. Walau bagaimanapun usaha mereka hendak pakai tudung itu, amat dihargai. Semoga Allah menilainya mengikut kadar usahanya.

 Namun pada masa yang sama, wanita tersebut perlu berusaha untuk menutup aurat sepenuhnya. Selain itu, aurat lelaki ada sedikit perbezaan, terutama di sudut bentuk pakaian. Perkara ini akan dihuraikan nanti sekali gus menampakkan beberapa kesalahan lelaki dalam hal ini.
 Senarai aurat bagi lelaki adalah seperti berikut:\


1. Sewaktu bersendiri – auratnya ialah bahagian kemaluan qubul dan dubur. Maknanya cukup dengan pakai seluar dalam.
2. Sewaktu sesama lelaki dan muhram – auratnya ialah bahagian di antara pusat dengan lutut.
3. Sewaktu berhadapan dengan ajnabi – auratnya ialah di antara pusat dengan lutut
4. Sewaktu menghadap Allah (solat) – auratnya ialah di antara pusat dengan lutut.
 Umumnya aurat lelaki agak longgar daripada wanita. Namun ramai juga lelaki yang tidak memahaminya lalu terjebak dalam pendedahan aurat.

macamane..banyak manfaat tak..kan dah habaq daa.. k lah.asenye tu je kot.. time kasih uolls.tahnk you very very very much..nomo nomo  kamao.. syukran jiddan jiddan wajazakumullahukhair :D

note : pihak lelaki jangan ingat korang xde aurat ok..

Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat

Saturday 5 January 2013

~ TAKE A NOTE ~


Salamullah alayk :)

korang tengok nie..jaga kesihatan.. :)


GEMUK SEDIKIT = BAGUS
GEMUK BANYAK=TIDAK BAGUS

Note : lebihkan manis dalam senyuman, kurangkan manis dalam minuman 

Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat

Wednesday 2 January 2013

~AISHITERU~





Salamullah alayk :)
 
hanya nak berkongsi dengan  korang semua yer.. zahirnya ini hanyalha salah satu artikel yang sangat menarik untuk dikongsi..yang baik dijadikan tauladan dan yang buruk dijadikan sempadan.. jom baca!
 
Ai shi teru ialah perkataan Jepun yang bermaksud, "Aku cinta padamu...". Dalam bahasa Inggeris ia disebut, "I love you", dalam bahasa Arab, "Uhibbuka" (untuk lelaki) dan "Uhibbuki" (untuk wanita), manakala di dalam bahasa Mandarin ia disebut, "Wo ai ni". Dan Perancis pula disebut, "Je t'aime".
Walaupun perkataan ini berlainan sebutannya, tetapi hakikatnya ia tetap mempunyai satu maksud iaitu aku cinta padamu. Persoalannya cinta kepada siapa?

Perkataan 'Cinta' adalah perkataan yang begitu popular di mana sahaja kita berada, kerana ia bukan perkataan yang terkandung dalam kamus moden tetapi telah lama wujud sejak dijadikannya Adam dan Hawa. Begitupun cinta dalam makna yang sebenar bukanlah nafsu, tetapi kepercayaan. Orang yang percaya kepada sesuatu perkara dengan tindakan dan bukti tanpa memerlukan apa-apa syarat, itulah cinta. Oleh itu , apabila kita menyatakan cinta kita kepada Allah, maka kita akan dapat mengesan tanda-tandanya.
 

Imam Ibnu Qayyim Al Jauziyyah menyebut dalam kitabnya, 'Raudhatul Muhibbin wa Nuzhatil Mushtaqin' bahawa beberapa tanda jatuh cinta yang dialami oleh kebanyakan manusia adalah :
 
"Banyak mengingati orang yang dicintai, membicarakan tentangnya dan sentiasa menyebut namanya..."
"Tunduk dan mengikut segala perintah orang yang dicintai dan mendahulukan segala keperluannya..."
"Memerhati kata-kata orang yang dicintai dan mendengarkannya..."
"Mencintai segala perkara yang dicintai oleh sang kekasih..."
 
Sekiranya diteliti, perkara yang disebut oleh Ibnu Qayyim itu memang benar. Apabila kita jatuh cinta, pasti kita membuat perkara-perkara tersebut. Dan sekiranya ia tidak ditangani dengan bijak, natijahnya akan mengundang perkara yang negatif dan mencelakakan manusia. Seorang isteri jika suami berpaling kasih pada yang lain, maka hari-hari yang berlalu terasa mendung, sesekali memanahkan petir kekecewaan, air mata tumpah bagai lelehan lahar gunung berapi, sedih bercampur dendam. Begitulah hakikat orang yang bercinta. Tidak mahu diduakan oleh sesiapa.

Sebenarnya tidak banyak perbezaan yang berlaku daripada segi prinsip apabila kita jatuh cinta kepada Allah kerana matlamat asalnya juga cinta. Ringkasnya, apabila kita jatuh cinta kepada Allah, kita pasti mengingatiNya, tunduk dan patuh pada semua perintahNya, memerhati dan menuruti segala peraturanNya dan mencintai segala perkara yang dicintai oleh Allah. Itu juga disebut antara tanda-tanda cinta kepada Allah.WALLAHUA'LAM
 
note : orang kate, berkawan biar seribu,bercinta biar SATU..



Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat

Next Previous Home