salamullah alayk :)
alhamdulillah..berkesempatan hari nie nak share ngn korang.
yang baik dijadikan teladan.yang buruk buang..hehe :)
1. Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan
bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis
Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki)
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar
diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat
31.
Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut
hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga
seperti pelacur dizaman jahiliyyah ….
3. Wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum
supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina
dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata
orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah
dan Hibban.
4. Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian
hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
5. Gigi
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya
dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan
yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah –
Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan leher
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan
perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek
(make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan
leher seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan
Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang
tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah
berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan
dan wajah sahaja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
8. Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada
menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis
Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan
sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan
lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan
seterusnya tidak dibenarkan, hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad,
Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga
berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah
perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda Nabi Muhammad SAW, Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang
mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh
bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan
mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
11. Kemaluan
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka
menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah
An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan,
menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga
daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya,
melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari
Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata
, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan
dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah
kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin,
hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu
supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha
pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah
perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat
dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga
dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan
berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung
rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak
mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya –
Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat