}

Sunday, 16 December 2012

~ JOM KONGSI ~

Salamullah alayk :)




Maka Berdoalah!Ya Allah sekiranya jodoh aku jauh, kau dekatkanlah. Sekiranya jodoh aku sukar, kau permudahkanlah dan jodohkanlah aku dengan wanita yang solehah. Ya Allah dekatkanlah diriku dengannya sekiranya dia jodohku dan sekiranya dia bukan jodohku, maka jauhkanlahku daripadanya. Serta peliharalah daku dari kekecewaan andai dia bukan jodohku. Yakinlah bahawa lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

 Kita sebagai umat Islam dan percaya bahawa doa adalah senjata bagi orang mukmin. Kerana dengan doalah dapat mengubah takdir yang telah ditentukan keatas diri kita dengan keizinan dariNya. Berdoalah dengan setulus hati dan bersungguh-sungguh kerana kita yakin bahawa jodoh itu di tangan tuhan, kita sebagai hambanya wajib berusaha sedaya yang mungkin. Ampunkanlah hambamu ini Ya Allah jika kami kekadang leka untuk mengingatiMu Ya Allah dan bukan hanya ketika ini sahaja mengigatimu. Kalau tiba masanya, Jodoh tidak akan kemana. Memang benar dan pasti bahawa jodoh dan pertemuan kita itu takdir ketentuan dari Allah. Namun ketentuan ini tidak menafikan usaha dan iktiar. Na’am. Ikhtiar,usaha dan munajat serta titipan doa tiada habis-habisnya dipohon kepadaNya. Tak usah membandingkan diri ini dengan orang lain, kerana Allah pasti serta akan memberikan yang terbaik untuk setiap hambaNya, meski dia tidak menyedarinya.

 Usahlah dirimu bersedih lalu menangis di penghujung malam kerana memikirkan siapa kiranya pasangan hidup. Menangislah kerana air mata permohonan kepadaNya di setiap sujud dalam malam tahajut cinta denganNya. Bertahajutlah memohon dariNya. Jadikan hidup ini selalu penuh dengan sangka baik kepadaNya. Bersiaplah menghadapi putaran waktu serta masa, hingga setiap gerak langkah serta nafas adalah dikira sebagai ibadah disisi Allah. Sabarlah andainya pencarianmu belum juga dipertemukanmu dengan jodoh tersebut, mungkin penantian ini adalah ujian keatas ketaqwaanmu, mujahadahlah dan istiqomahlah di jalan-Nya. Bukankah kalau sudah saatnya tiba, jodoh tak akan lari kemana.
Kerana sejak roh telah bersatu dengan jasad, siapa jodoh mu telah dituliskanNya.



Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat

Saturday, 15 December 2012

~ KONON PRIVECY ~

salamullah alayk :)

ehewk.. maaf yer.. blog sedang dibaikpulih..x sihat.. mane lagi awasome.. nie ke yang lepas? ok angkat tangan... ok2.nampk daa..yg nie lebey asome.. sape yg buat kan..( ok angkat bangkul sdiri..lepas tu golek-golek)..astargfirullahalazim.. lagu pon dah lain.alahh..bukan maen sedeh lagi lagu nie..tapi sweet la jugak..ikut mood ke haper.bdw dah lame carik lagu nie by instrumen..finallly..tak sia2 selongkar blog-blog junior.. syukran..

sory pak cik.. tak pandai laa nak block..hehe..kalau pandai nanti saia buat.hhahah.. (ok gurau).. nie lagi sorang kak (tirah) sory..bukan tak nak bagi awak tengok la.. biase la kawan awk nie..konon-konon nak kan privecy.yang adoo..hahaha..dah..jngan sedey-sedey..dah bagi awk tengok dah nie..pagi tadi bngun lepas settle semua keje housemaid (ok volunteer ) terus ngadap lp nie..tetibe laju jer taip..ok no wonder kalau bnyak alah ejaan yer.. ok pak cik.. pasal aitu..maaf k. ( buat muke x brape kiut )

k..dah settle.. lets pray for a better peson in future.. (nie pngaruh drama ) 
arioss.... wassalam.

Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat

Thursday, 13 December 2012

~ 13 PERKARA WAJIB WANITA ISLAM JAGA ~

salamullah alayk :) alhamdulillah..berkesempatan hari nie nak share ngn korang. yang baik dijadikan teladan.yang buruk buang..hehe :)
1. Bulu kening

Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)

Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyyah ….

3. Wangian

Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi

Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher

Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan

Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan

Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata

Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan, hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara)

Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda Nabi Muhammad SAW, Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian

Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut

Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat

Monday, 10 December 2012

~ LEMAH RUPENYE AKU ~

Salamullah alayk :)

bismillahirrahmanirrahim..dengan nama Allah yang maha pemurah.. dalam mencari kekuatan akhinya terjumpa kelemahan hari nie.. selepas bnyak kali beristigfar menahan kemarahan then jumpe cik kemanisannya.hehe.. buat aku makin pecaya berzikir boleh redakan kemarahan that is one of my weakness. terima kasih ya ALLAH..akn berusaha mengawalnye. lain kali bnyakkan berzikir..jngan time susah jer nak berzikir yer "cik wan suhaidashima wan jaafar".. namun aku tak mampu sembunyikan ini...
 
 

  terima kasih
 
__________________________________________________________________________________
 




Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat

Wednesday, 28 November 2012

~ OMAIIGOD DURIAN CREPES ~

salamullah alayk :)

keselesaan tidurku terganggu dgn kebisingan melampau anak-anak buah..
sehingaku tersentap dari tidoor..(baru nak start mimpi kot) kacau la budak-budak nie.
agak terguris dengan tindakan diorang..haha (taak tao knape ayat gramatis snad) tetiba...
*_______________________________________________________________*
nak tau ape tg tjadi strusnye?

ok..dgn muka yg kusut masai ( brmklumlah bru bangun tidor kan.. ape korang penah tngok
 org bau bngun tido muke suci + rmbut terurus..) tak abes pikir.. :) mybe la..diorg tidor dgn air semayang kot.. (alhamdulillah) ok melencong jauh..( letak tangan atas kepala ketuk-ketuk )
dgn tindakan yg snad pntas pintu bilikku ku bukak.. menghendap-hendap (alaa..macam citer gerak khas tu yg dok hendap penjenayah) terer tak.. korang byangkan la sdiri.. sambung balik, hendap punye hendap nak tau ape yg diorang bisingkan tuh.. rupe-rupenye...    korang jgn susupen lebeh.. ok smbung kat bawah.


diorang tengah berebot something... meh nak bagi klu sikit kat korang..
1.. berwarna- warni
2.. bentuk macam bantal kecik
3.. dalamnye ade krim.
4.. tambah dengan isi durian




omaiigod.. korang dapat agak tak... patot yg diorang bising, berebot bende tu upenyer.. kalau aku pom brebot gak. sebab geram tengok warne dye yg snad la comel-comel.. tapi, taste tu tak tau la lagi camne.. sebab rase tu begitu subjektif kan.ikut tekak masing-masing.. bagi peminat durian yg separuh crazy mcm aku nie memg suke la.. unfortunetly bende tu tinggal satu je lagi tu yang diorang berebot..
dengan wajah yg sugul aku kemponan sebab nak jugak makan.. terliur tengok isi durian..
keajaiban melanda.. rerupenye ma ade simpan lagi kat aku dalam peti.. wahhh!!! ozaimassstat..

mesti korang ingat aku teros makn kan.. tidak sama sekali.. gosok gigi jap.. baru makan.. hehe ( kalau makan teros memg pengotor la ) namun sebelom makn, agak terkejut dengan kuantiti krim yg terlampau..
mematahkan moodku utk makn.. mengikut fakta, kuantiti krim yang terlampau boleh menyebabkan seseorg menghidap diabetes.. ( obses dgn pkataan tu ) itu fakta yer bukan auta.. tanpa segan silu krim tersebut kuhulurkan pada si budak kecik tu berdua.. ( ehh jahat ) budak-budak memg suke makn krim.. tu yang diorang gegemokkk... dan selebihkan kumasukkan kedalam perot... ( yummmy )

dengan kekenyangan.. perasaanku tidak lagi terguris..hahah.. ( bab makan ) dan sempat lagi google pasal durian crepes nie..nanti korang tengok la sdiri.. disebabkan tak suke krim..angah cadangkan tukar krim tersebut dngan aiskrim..agak-agak jadik tak..sebab angah dengan k.mira berangan nak buat bendalah nie.. nanti kite tengok jadi ke tak..atau sekadar angan-angan diorang saje je..ok..tapi, asenyer aiskrim tu dua kali lime jer dgn krim..ok

lets cekidaud :


  malu nak cakap.. bende nie dah lame dah wujud
cume sy jer yg lambat diagnosis
^_________________________________^



bntuk sebijik macam bantal kecik
ngantok tetibe



budak ini mangsa keadaan
tidak mustahil suatu hari nanti budak ini dilanda kegemokan
^_______________________________^

wassalam uollss.






Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat

Tuesday, 30 October 2012

~ AIDILADHA ~

salamullah alayk :)

SALAM AIDILADHA walaupun dah bape ari dah!!




aucakk!! nama saya Zara Aisya
ok!! raya aji budak-budak kecik nie je yg palim seronok duarono tigeronok
haha..merepek lebbih pulak da.. tp serius, memg diorang excited lebeh



nama saya Mohd Hadiff Ilmi
hah..nampk!!! gambar diorang jep.. jeles tau
lagi satu,diorg jep excited pakai baju raya
cik de korang nie lengkap dengan track suitt jer pagi raya.. hadoishh
siap sedia nak sembeleh lembu ke hepe?



nie lagiii la.. dari pagi smpai petang tak tukar-tukar baju raya
by da way gurl Wan nurin Qistina boy Mohd Haziq Iman
hah!! ciap ikut tok pa sembeleh lembu pakai baju raya tau
agak-agak la... hadoishh!! cik de korang nie pulak yg runsing..


along with baby hadif
raya aji along balik awal ok, dye cakap nak tebus yg raya aii tu
ade ke macam tu yang pentim..ummi jugak tak pakai baju raya


tahu ape nie?
ok lepah dibuat meeting ( meting lah sangat )
finally..kitorang deciide nak buat 'NASI DAGANG" mase hari raya
kalau korang tak tau bunyi memg amat pelik.. tp kami yg stay kat
 sebelah pntai timur bngga kot ade makanan nie especially kat ternegganu
nie salah satu special dish kot.. kalau datang teganu x sah korang taak makan nie
so datangla ke terengganu .. sempat lagi pomot



rendang buatan k.ngah with along
"no coment"


nie pulak hurm.. ROTI JALA
penah makan tak? nie kami!!!kami!! kami!!
tempah..ok malu nak cakap.. sebab tak pandai buat rumit kot nak buat.. 
so tempah lagi senang..nampak? tahap kemalasan melanda


my lover.. bape kali makan
nampak!! ketupat pun haddee.. sumer hadee!!
:)


kalau korang terer teke sape tu?
kacak!! bergaya !! macho!!
my tokk kii! beliieve that.. absolutly..
sory pic bnyak nur cahaya..alhamdulillah


benarkah pic ini.. diorang benar-benar buzy or!!!! memag buzy
atauuu korang buat-buat buzy
mom with gugurl yang berlakon semata-mata
im wonder... yg bertudung merahh.. tak percaya!! 


motiff tunjuk pic nie?
athirah.. awak lebeh mak aji daripada saya ok
^ _^



ok!! nie orang kuat.. disebalik tabir! tirai! tingkap!
macam yg berbaju colkat tu pulak akak.. yang ada.. sebaliknyaa
heyy budak pendek..kat mana-mana org cakap saya kakak..
aduuusshh!! cepat tinggi lahh.. tak sanggop dah
tulungggg!! 

ok itu sahaja..
time kasiih







Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat

Thursday, 25 October 2012

~ CREDIT TO ~

Salamullah alayk :)


nah!! hambik,hadiah cabutan bertuah,yang sy punye tersorok kat bawah
maklumlah kecik jer.. dihimpit dek yang besar-besar
credit to : semua pelajar yang spotim habes


motif : nak buat style kat hotel
even tak  dapat buat kat hotel, pinjam yg hostel punye pon jadik laa..
credit to : budak asrama


side dish oram putih panggil "dessert"
oren + tembikai ( timun )
credit to : tak sempat tengok sape potong..(haha)


 ok..dye nak inteperem
tak dapet den nak nolong eh.
credit to: mohd noor amir


credit to : rafikah nordin
terima kasih buat nie.. perisa keladi..
yummm!! yumm!!


credit to : tukang beli nie. 
Zalifah a.k.a (cik za) with Hanan a.k.a ( izzati )


soup steambot "terbaikk"
credit to: Pn sharmila with Zulaikha


credit to : kedai kek "IDEAL"
tepi kedai "ceria 99"



credit to : athirah, aini , habib, izyan


untungla korang :)




kami bersama cikgu asyikin
SEMOGA CIKGU CEPAT SEMBUH
 AMIN!! AMIN!!

                                              

terima kasih kerana sudi singgah sekejap kat entry nie
akhir kata dari kami
"sehingga ketemu lagi"




Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat

Next Previous Home