}

Saturday 15 September 2012

~ saya sayang awk kerana ALLAH ~

Salamullah alayk :)

Jika ingin diCintai oleh manusia, pastikan ia adalah Cinta yang boleh menghampirkan diri kepada Allah.
Sabda Rasulullah SAW: "Kasihilah apa yang kamu ada di muka bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang berada di langit."


( chef vs imam )

boleh tak macam nie.. sy jadi chef..even x kene dengan taste awak..
tapi awak mesti jadi imam saya..
hurm...saya akan tunggu saat nie.. insyallah.


then.. bile saya silap awk boleh tegur saya..

Jangan tertarik kepada seseorang karena parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya, karena kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu.

"Dunia ini adalah perhiasan dan seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah" (Hadis Riwayat Muslim) Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi saw bersabda : "Perempuan itu dikahwini kerana 4 perkara,iaitu kerana hartanya,keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya,maka pilihlah kerana agamanya
 
Titik permulaan segala sesuatu di sisi kita ialah Menghidupkan umat Islam dengan ilmu dan tarbiyah Islamiyyah. Secara mudah, lelaki soleh dan wanita solehah adalah mereka yang bersedia memenuhi segala tuntutan Islam keatas mereka. Dua elemen inilah yang akan membentuk sebuah unit yang dinamakan keluarga. Keluarga pada tabi'inya adalah unit asas dalam sesebuah masyarakat dan merupakan unit yang paling penting dalam sesebuah masyarakat.
Wanita solehah itu, sifat malu membenteng diri, pergaulan yang dipagari, kecantikan bukan berada pada wajahnya, kemanisan bukan berada pada kemanjaannya, kemanisan bicara tidak menjadi daya penariknya yang bisa menggoyah iman kaum muslimin tetapi terletak pada perjuangannya menjaga dan memartabatkan agamanya. Kata orang, nafsu kata wanita cantik pada paras rupa, akal kata wanita cantik pada ilmu dan hati kata wanita cantik pada akhlaknya. Wanita solehah itu adalah yang menjaga kecantikan luaran dan mengutamakan kecantikan dalaman.

Wahai kaum lelaki, jangan terlalu mencari-cari dan menanti-nanti 'si solehah' yang diimpikan akan menjadi milik kita sebalik menjadikan diri kita benar-benar soleh serta sanggup memenuhi segala tuntutan Islam keatas kita adalah lebih utama. Sekiranya syarat ini dipenuhi pasti 'si solehah' yang diidamkan yang mencari dan menanti kita.
kepada si "lelaki misteri" yang bakal mnjadi iman saya... yg perlu awak tahu yang
  • saya bukanlah seorang wanita yg sempurna tapi mencari kesempurnaan.
  • saya bukan solehah yg utuh dengan tiang agamanya.tapi sedang berusaha sedaya upaya menjadi salah seorang daripada solehah itu.
  • saya seorang wanita yg sememangnya turut ingin dikasihi dan disayangi
terima kasih atas semua readers yang sudi berkongsi cerita dgn saya.. syukran jazilan ya ukhti..
wasalam.
ana uhibbuki fillah
                                                                                     



Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat

No comments:

Post a Comment

Next Previous Home