Salamullah alayk :)
hanya nak berkongsi dengan korang semua yer.. zahirnya ini hanyalha salah satu artikel yang sangat menarik untuk dikongsi..yang baik dijadikan tauladan dan yang buruk dijadikan sempadan.. jom baca!
Ai shi teru ialah perkataan Jepun yang
bermaksud, "Aku cinta padamu...". Dalam bahasa Inggeris ia disebut, "I love
you", dalam bahasa Arab, "Uhibbuka" (untuk lelaki) dan "Uhibbuki" (untuk
wanita), manakala di dalam bahasa Mandarin ia disebut, "Wo ai ni". Dan Perancis
pula disebut, "Je t'aime".
Walaupun perkataan ini berlainan sebutannya,
tetapi hakikatnya ia tetap mempunyai satu maksud iaitu aku cinta padamu.
Persoalannya cinta kepada siapa?
Perkataan 'Cinta' adalah perkataan yang
begitu popular di mana sahaja kita berada, kerana ia bukan perkataan yang
terkandung dalam kamus moden tetapi telah lama wujud sejak dijadikannya Adam dan
Hawa. Begitupun cinta dalam makna yang sebenar bukanlah nafsu, tetapi
kepercayaan. Orang yang percaya kepada sesuatu perkara dengan tindakan dan bukti
tanpa memerlukan apa-apa syarat, itulah cinta. Oleh itu , apabila kita
menyatakan cinta kita kepada Allah, maka kita akan dapat mengesan
tanda-tandanya.
Imam Ibnu Qayyim Al Jauziyyah menyebut dalam kitabnya, 'Raudhatul Muhibbin wa Nuzhatil Mushtaqin' bahawa beberapa tanda jatuh cinta yang dialami oleh kebanyakan manusia adalah :
"Banyak mengingati orang yang dicintai, membicarakan
tentangnya dan sentiasa menyebut namanya..."
"Tunduk dan mengikut segala perintah orang yang dicintai dan mendahulukan segala keperluannya..."
"Memerhati kata-kata orang yang dicintai dan mendengarkannya..."
"Mencintai segala perkara yang dicintai oleh sang kekasih..."
"Tunduk dan mengikut segala perintah orang yang dicintai dan mendahulukan segala keperluannya..."
"Memerhati kata-kata orang yang dicintai dan mendengarkannya..."
"Mencintai segala perkara yang dicintai oleh sang kekasih..."
Sekiranya diteliti, perkara yang disebut oleh Ibnu Qayyim itu memang benar.
Apabila kita jatuh cinta, pasti kita membuat perkara-perkara tersebut. Dan
sekiranya ia tidak ditangani dengan bijak, natijahnya akan mengundang perkara
yang negatif dan mencelakakan manusia. Seorang isteri jika suami berpaling kasih
pada yang lain, maka hari-hari yang berlalu terasa mendung, sesekali memanahkan
petir kekecewaan, air mata tumpah bagai lelehan lahar gunung berapi, sedih
bercampur dendam. Begitulah hakikat orang yang bercinta. Tidak mahu diduakan
oleh sesiapa.
Sebenarnya tidak banyak perbezaan yang berlaku daripada
segi prinsip apabila kita jatuh cinta kepada Allah kerana matlamat asalnya juga
cinta. Ringkasnya, apabila kita jatuh cinta kepada Allah, kita pasti
mengingatiNya, tunduk dan patuh pada semua perintahNya, memerhati dan menuruti
segala peraturanNya dan mencintai segala perkara yang dicintai oleh Allah. Itu
juga disebut antara tanda-tanda cinta kepada Allah.WALLAHUA'LAM
note : orang kate, berkawan biar seribu,bercinta biar SATU..
No comments:
Post a Comment