}

Thursday, 10 January 2013

~ PELIHARALAH AURAT ANDA!! ~

salamullah alayk :)

bismillah..testing! testing! testing! cubaan suara 1,2,3 cubaan..cubaan.. aduish.tehingat time jadi mc kat skolah.time forum.. cam gini "cubaan suara satu amlan gaya hidup sihat"..ok melalut tak tentu pasal.straight to da point.entry hari nie sangat bermanfaat..ade ukhti bagi kat saya punye inbox..jadi ape salahnye share kat korang pulak kan..mat salleh kabo " sharing is caring uolls" insha allah.. jom!

sememangnya aku jugak tak sempuran dalam bab bab tutup aurat nie..masih belajar..keep it learning.tapi, insha allah mahukan perubahn dari semasa ke semasa..ramai dari kita yang seringkali pandang remeh dengan pemakaian stokin kan.( girl lah especially ) in fact tu pon salah satu dari kewajipan tutup aurat jugak..nie tuan punye tanah nie pun same.pakai stokin tak penah nak istiqamah.lup lap lup lap.pakai if ase nak pakai je.astargfirullahalazim..hehe.but banyak yang saya blajar from my belove beloved beloved frend.thanks uolls.. diorang ustazah bersetail..weeelaweeii..insha allah lepas nie doakan supaya saya lebih istiqamah yer..ameen.

 Pernah kita dengar ungkapan bahawa suatu yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Barang kemas emas atau intan permata tentu tidak akan dibiarkan bersepah-sepah di atas lantai sebaliknya ditempatkan tempat yang khas. Bagi seorang lelaki yang bergelar suami, barangan yang paling mahal dan berharga ialah isterinya. Selain isterinya mahal kerana membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkannya, isteri juga adalah penyelamat iman dan maruahnya. Jadi, isteri perlu dijaga dengan rapi supaya dia tidak mudah keluar bebas hingga dapat dilihat orang lain begitu sahaja. Wanita atau isteri pada zaman dahulu jarang keluar rumah, apatah lagi untuk bersiar-siar di kota.

 Tetapi suasana zaman itu sudah berlalu kini. Sebaliknya kalau wanita dan isteri asyik terperap di rumah sahaja, dikatakan mereka tidak mengikut peredaran zaman. Sebenarnya Islam tidaklah melarang wanita atau Isteri daripada keluar rumah jika terdapat keperluan yang mendesak ke arah itu. Mereka boleh keluar rumah dengan syarat menutup aurat dan jaga keterampilan agar tidak terdedah kepada fitnah. Untuk wanita dihadkan kadar aurat yang wajib ditutup pada tempat-tempat tertentu.


 Berikut disenaraikan kadar aurat seperti yang tetapkan oleh Islam.
 1. Sewaktu seorang diri – auratnya ialah bahagian dari pusat hingga ke lutut.
 2. Sewaktu bersama perempuan atau mahram – auratnya ialah bahagian di antara pusat dengan lutut.
 3. Sewaktu bersama ajnabi – auratnya ialah seluruh tubuhnya.
 4. Sewaktu menghadap Allah (solat) – auratnya ialah seluruh tubuh kecuali muka dan pergelangan tangan.
 5. Sewaktu berhadapan dengan wanita bukan Islam atau waktu bekerja – auratnya seluruh tubuh kecuali    bahagian yang diperlukan dalam suasana kerja.

 Perlu dijelaskan di sini, aurat ialah bahagian yang perlu ditutup atau dijaga daripada dilihat atau dicemari oleh orang lain. Berdasarkan definisi itu, aurat ialah bahagian yang berharga bagi seseorang, maka ia perlu dijaga dengan sebaiknya walaupun sekadar dipandang dari jarak jauh. Menyentuh soal aurat yang di antara pusat dengan lutut, suka dijelaskan di sini bahawa bahagian tersebut perlu diambil kira ketika duduk dan berjalan. Maknanya kalau seseorang wanita itu sekadar pakai tuala mandi dari bahagian pusat sampai lutut sahaja, memang dibenarkan kerana itu had auratnya.

 Tetapi bagaimana kalau dia berjalan atau duduk di atas kerusi, sudah tentu lutut atau sebahagian pahanya dapat dilihat oleh orang lain. Di sinilah yang perlu diberi perhatian. Tetapi lazimnya wanita Melayu suka pakai tuala mandi dari paras payu dara hingga ke bahagian paha. Kalau dia ketika itu memakainya di hadapan suami, tidak salah kerana tiada had aurat ketika bersama suami. Tetapi bagaimana kalau dalam rumah itu ada anak, bukankah auratnya ialah di antara pusat dengan lutut. Jadi, elakkan berpakaian seperti itu di hadapan anak-anak apatah lagi di hadapan tetamu. Bayangkan kalau di dalam rumah sendiri, tidak boleh pakaian seperti itu, bagaimana sikap sebahagian wanita yang suka pakai skirt yang pastinya di atas lutut, dan ada juga yang pakai seluar pendek. Jelas pakaian itu tidak menutup aurat seperti yang dikehendaki Islam.

 Kita seharusnya boleh berfikir, kalau sewaktu bersendirian atau bersama wanita Islam atau mahram, berpakaian seperti itu masih termasuk dalam kategori mendedahkan aurat betapa kalau berhadapan dengan orang lain di luar rumah. Inilah yang jarang diberi perhatian oleh wanita pada hari ini. Selain itu, tudung yang dipakai oleh wanita pada hari, sebahagiannya sudah lebih glamor daripada mentaati perintah Allah. Lihat sahaja, tudungnya tidak menutup bahagian dada dan lehernya. Malah sesetengahnya pakai tudung tetapi tangannya tidak ditutup. Dalam Islam aurat bukan rambut sahaja tetapi seluruh tubuh badan seperti yang dijelaskan di atas. Walau bagaimanapun usaha mereka hendak pakai tudung itu, amat dihargai. Semoga Allah menilainya mengikut kadar usahanya.

 Namun pada masa yang sama, wanita tersebut perlu berusaha untuk menutup aurat sepenuhnya. Selain itu, aurat lelaki ada sedikit perbezaan, terutama di sudut bentuk pakaian. Perkara ini akan dihuraikan nanti sekali gus menampakkan beberapa kesalahan lelaki dalam hal ini.
 Senarai aurat bagi lelaki adalah seperti berikut:\


1. Sewaktu bersendiri – auratnya ialah bahagian kemaluan qubul dan dubur. Maknanya cukup dengan pakai seluar dalam.
2. Sewaktu sesama lelaki dan muhram – auratnya ialah bahagian di antara pusat dengan lutut.
3. Sewaktu berhadapan dengan ajnabi – auratnya ialah di antara pusat dengan lutut
4. Sewaktu menghadap Allah (solat) – auratnya ialah di antara pusat dengan lutut.
 Umumnya aurat lelaki agak longgar daripada wanita. Namun ramai juga lelaki yang tidak memahaminya lalu terjebak dalam pendedahan aurat.

macamane..banyak manfaat tak..kan dah habaq daa.. k lah.asenye tu je kot.. time kasih uolls.tahnk you very very very much..nomo nomo  kamao.. syukran jiddan jiddan wajazakumullahukhair :D

note : pihak lelaki jangan ingat korang xde aurat ok..

Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat

Saturday, 5 January 2013

~ TAKE A NOTE ~


Salamullah alayk :)

korang tengok nie..jaga kesihatan.. :)


GEMUK SEDIKIT = BAGUS
GEMUK BANYAK=TIDAK BAGUS

Note : lebihkan manis dalam senyuman, kurangkan manis dalam minuman 

Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat

Wednesday, 2 January 2013

~AISHITERU~





Salamullah alayk :)
 
hanya nak berkongsi dengan  korang semua yer.. zahirnya ini hanyalha salah satu artikel yang sangat menarik untuk dikongsi..yang baik dijadikan tauladan dan yang buruk dijadikan sempadan.. jom baca!
 
Ai shi teru ialah perkataan Jepun yang bermaksud, "Aku cinta padamu...". Dalam bahasa Inggeris ia disebut, "I love you", dalam bahasa Arab, "Uhibbuka" (untuk lelaki) dan "Uhibbuki" (untuk wanita), manakala di dalam bahasa Mandarin ia disebut, "Wo ai ni". Dan Perancis pula disebut, "Je t'aime".
Walaupun perkataan ini berlainan sebutannya, tetapi hakikatnya ia tetap mempunyai satu maksud iaitu aku cinta padamu. Persoalannya cinta kepada siapa?

Perkataan 'Cinta' adalah perkataan yang begitu popular di mana sahaja kita berada, kerana ia bukan perkataan yang terkandung dalam kamus moden tetapi telah lama wujud sejak dijadikannya Adam dan Hawa. Begitupun cinta dalam makna yang sebenar bukanlah nafsu, tetapi kepercayaan. Orang yang percaya kepada sesuatu perkara dengan tindakan dan bukti tanpa memerlukan apa-apa syarat, itulah cinta. Oleh itu , apabila kita menyatakan cinta kita kepada Allah, maka kita akan dapat mengesan tanda-tandanya.
 

Imam Ibnu Qayyim Al Jauziyyah menyebut dalam kitabnya, 'Raudhatul Muhibbin wa Nuzhatil Mushtaqin' bahawa beberapa tanda jatuh cinta yang dialami oleh kebanyakan manusia adalah :
 
"Banyak mengingati orang yang dicintai, membicarakan tentangnya dan sentiasa menyebut namanya..."
"Tunduk dan mengikut segala perintah orang yang dicintai dan mendahulukan segala keperluannya..."
"Memerhati kata-kata orang yang dicintai dan mendengarkannya..."
"Mencintai segala perkara yang dicintai oleh sang kekasih..."
 
Sekiranya diteliti, perkara yang disebut oleh Ibnu Qayyim itu memang benar. Apabila kita jatuh cinta, pasti kita membuat perkara-perkara tersebut. Dan sekiranya ia tidak ditangani dengan bijak, natijahnya akan mengundang perkara yang negatif dan mencelakakan manusia. Seorang isteri jika suami berpaling kasih pada yang lain, maka hari-hari yang berlalu terasa mendung, sesekali memanahkan petir kekecewaan, air mata tumpah bagai lelehan lahar gunung berapi, sedih bercampur dendam. Begitulah hakikat orang yang bercinta. Tidak mahu diduakan oleh sesiapa.

Sebenarnya tidak banyak perbezaan yang berlaku daripada segi prinsip apabila kita jatuh cinta kepada Allah kerana matlamat asalnya juga cinta. Ringkasnya, apabila kita jatuh cinta kepada Allah, kita pasti mengingatiNya, tunduk dan patuh pada semua perintahNya, memerhati dan menuruti segala peraturanNya dan mencintai segala perkara yang dicintai oleh Allah. Itu juga disebut antara tanda-tanda cinta kepada Allah.WALLAHUA'LAM
 
note : orang kate, berkawan biar seribu,bercinta biar SATU..



Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat

Friday, 28 December 2012

~ LAST ENTRY (this year) ~

 
salamullah alayk :)

bissmillahirrahmanirrahim&selamat t/hari korang semua yang cute miut! awasome! superrbest! dan lain-lain.Hari nie hari merapu sedunia..errkk lebih sangat la tu kan.. * tuduk maaf * memandangkan nie last entry saya for this year wahh!!wahh!! sound great saya nak buat entry yang paling supeb..(insha allah)..mamndangkan saki baki cuti masih agak lama, masa yang terluang memang dihabiskan dengan terkurung di dalam rumah jer ibarat sang puteri menunggu sang arjuna masuk meminang bila-bila masa je..tak pom ahli sihir yang bermuka garang tunggu masa nak datang sambar si puteri gemok utk menjadi orang suruhan..almaklum terpengaruh dengan sinetron dongeng indon yang bnyak  merapu..ape? berangan je kije kan..ok korang boleh baling je aku dengan batang penyapu si tukang ahli sihir.. :D

Oleh kerana aku duk terkurung je kat dalam rumah.no wonder lah korang sering lihat entry aku banyak merapu bagai sebelum-sebelum nie..kalu boleh setiap hari kot nak update..tapi agak-agak la kan!& tak pasal pasal jadi bibik ma kat umah..aku suke! aku suke! biarpun tak bertauliah dan tak begaji.. tolong..tolong.. bagitau kat mak,adik,abang,kakak pasal citer nie..beribu kerje berjuta pahala.dan yang paling giler pahala hanya akan dapat di akhirat jer.. arrrrhhh! arhhhh!! *zalora punye kes* aku jugak dah jadi bayang bayang tak same ma dah sekarang.pergi pasar ikut.pergi kenduri ikut.pergi masak tak ikut..bhaha.. satu kerje yang aku paling tak suke dulu..aikk!! sekarang dah superr suke.banyak dah resepi yang aku belajar.boleh la daripada tak boleh langsung..*ase macam nak angkat bakul sdiri* satu lagi kerje yang memang terer aku buat of course la mengadap cik lapi yang kecik nie berjam jam yang sememangnya keje yang paling terer aku buat sekarang sampai sampai keje lain tertangguh dan yang paling parah tak terbuat.. tapi solat tak diabaikan.alhamdulillah : D

Maka si entry hari nie berkisar tentang hobi terbaru aku yang baru muncul beberapa hari.. orang kate nak pupuk hobi tu memakn masa yang lama kan..tak tau itu orang mane ntah kate..tapi tidak bagi aku..sekarang im the roses lover!! omaigood omaigod.i hope i hope kekal sampai hujung tahun depan..bhaha.. tapi si domo tu tetap bertahta di hati..kisah bermula bila ma sedang menanam si bunga ros kat halaman rumah..beberapa hari kemudian pokok ros tersebut cepat jer keluar bunga.dan sangat cantikk!! subhanallah..serta merta halamn rumah yang sebelum nie suram wah berubah wajah..ditambah ma sekarang baru je pencen..memang menanam la  kije baru ma sekarang..aktiviti  aku petang petang aku diluangkan dengan menyiram si pokok bunga ros..no wonder la kat aku punye Facebook penuh dengan ros lepas nie..

selain tu entry kali nie jugak nak cakap pasal kawan kawan aku jugak..sebelum berjumpa bukan main lagi banyak soalan nak tanya kononya masing masing da lame tak hang out same same la banyak citer nak share la..tapi bla jumpa rase macam janggal laa pulak.tak faham betolah.mungkin sebab sekarang kitorang dah lain lain dah..mereka makin comel comel dah,dan lame lame baru boleh kamcim balik.korang pernah macam tu? pelik pom ade kan? xde yang pelik nye laa.. insha allah ukhwah fillah abadan abada..ameen! tahun nie banyak kenangan manis dengan kawan kawan.sebab tahun nie la aku paling banyak kuar jalan jalan.biase duk teperuk kat dalm rumah je.sekarang pantang ade orang ajak.. memang komperm laa.. sampai ma cakap " orang banyak duit " mane taknye sumer tempat nak pergi kan.masih menunggu tawaran ke Gambang Waterpark (gurau je) :D

lagi satu.aku sekarang sedang habiskan bacaan novel yang banyak kali terkandas di tengah jalan.sampai mood nak bace dah kurang.asal nak bukak je, ma panggil asal nak feeling je, si nurin ajak tengok hantu kak limah yang dah berape kali tengok kat laptop tambah tambah kat tv pom ade jugak..ehhe..nasib baik anak buah..astargfirullahalazim..xpe,banyak mase lagi.. tak dilupe jugak, *warkah cinta* wah! memang wajib aku tengok tiap tiap malm..hanya di tv AL HIJRAH ( segalamnya bermula di..sini )..disebabkn waktu siaranya bertembung dengan siaran berita, maka banyak kali aku terlepas peluang tengok cite tu.sebab pa memag khusyuk tengok berita.so, memang utube jela tempat aku.hehe..cite nie best.islamik..heliz helmi&IM nazrul..(iman muda)

okaiihh..ase macam dah supeb kot..ntahla..korang judge lahh sdiri k..dah letih dah dok menaip..opss..im not (LISA KAY) the fames one blogger yang suke menaip..hehe...aku sdiri dah jenuh nak menulis daa nie.. nanti jumpe di tahun baru yer teman teman..insha allah..pastikan azam tahun nie tercapai  baru boleh buat azam baru..bdw azam aku satu lagi tak tercapai..insha allah coming soon.. doakan yang terbaik..maka terima kasih kerana sudi membaca entry nie tak kisahlah kepada yang baru@lame korang memang supebb.. thank you very very very much nomo nomo kamao syukran jiddan jiddan wajazakumullahukhair :D

note : luangkan masa yang berfaedah& jangan lupe tolong mak dan ayah :D





Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat

Monday, 17 December 2012

~ PIZZA RM6.90 ~

Salamullah alayk :)


ok..saje nak kasi korang tengok gambar diatas..diambik time hang out ngn kawan2.. azioss tukang sponser..susah-susah jer kan.. but one again terima kasih..bukan tu nak crite..tadi k.ngah bawak balik benda nie..alih-alih pa ngn si ajim (adik) je yang makan.den aku ngn ma just look and seee (bukan same je ke..). ok diorang tekak ala-ala barat.. dan aku dengan bnggenye ingin bagitau tekak orang melayu ok..( high five ).. yang specialnye kat bawah terselit satu lagi kotak tapi pizza versi melayu.. yang berharga RM 6.90 ok RM7.00 la senang.. bhaha..  yup.dat my feveret.. walaupun murah alhamdulillah ngam-ngam dengan taste aku.. price is nothing.. terima kasih k.ngah tau je kan adik awk nie ngade..kan best kalau k.ngah beli lagi.bhahaha. 

< kami dengan muka x redy >

jom teman-teman.beralih arah ke pizza yg berhargha RM6.90 sumer..bukan hanya murah tetapi dpt jugak bntu kaum-kaum melayu kita nie kan..ala-ala juarah murah pun hader.sekadar gurauan.ikut tekak korang masing-masing lah senang.. ok itu saja.azioss.wassalamualaikum w.b.t



Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat

Sunday, 16 December 2012

~ JOM KONGSI ~

Salamullah alayk :)




Maka Berdoalah!Ya Allah sekiranya jodoh aku jauh, kau dekatkanlah. Sekiranya jodoh aku sukar, kau permudahkanlah dan jodohkanlah aku dengan wanita yang solehah. Ya Allah dekatkanlah diriku dengannya sekiranya dia jodohku dan sekiranya dia bukan jodohku, maka jauhkanlahku daripadanya. Serta peliharalah daku dari kekecewaan andai dia bukan jodohku. Yakinlah bahawa lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

 Kita sebagai umat Islam dan percaya bahawa doa adalah senjata bagi orang mukmin. Kerana dengan doalah dapat mengubah takdir yang telah ditentukan keatas diri kita dengan keizinan dariNya. Berdoalah dengan setulus hati dan bersungguh-sungguh kerana kita yakin bahawa jodoh itu di tangan tuhan, kita sebagai hambanya wajib berusaha sedaya yang mungkin. Ampunkanlah hambamu ini Ya Allah jika kami kekadang leka untuk mengingatiMu Ya Allah dan bukan hanya ketika ini sahaja mengigatimu. Kalau tiba masanya, Jodoh tidak akan kemana. Memang benar dan pasti bahawa jodoh dan pertemuan kita itu takdir ketentuan dari Allah. Namun ketentuan ini tidak menafikan usaha dan iktiar. Na’am. Ikhtiar,usaha dan munajat serta titipan doa tiada habis-habisnya dipohon kepadaNya. Tak usah membandingkan diri ini dengan orang lain, kerana Allah pasti serta akan memberikan yang terbaik untuk setiap hambaNya, meski dia tidak menyedarinya.

 Usahlah dirimu bersedih lalu menangis di penghujung malam kerana memikirkan siapa kiranya pasangan hidup. Menangislah kerana air mata permohonan kepadaNya di setiap sujud dalam malam tahajut cinta denganNya. Bertahajutlah memohon dariNya. Jadikan hidup ini selalu penuh dengan sangka baik kepadaNya. Bersiaplah menghadapi putaran waktu serta masa, hingga setiap gerak langkah serta nafas adalah dikira sebagai ibadah disisi Allah. Sabarlah andainya pencarianmu belum juga dipertemukanmu dengan jodoh tersebut, mungkin penantian ini adalah ujian keatas ketaqwaanmu, mujahadahlah dan istiqomahlah di jalan-Nya. Bukankah kalau sudah saatnya tiba, jodoh tak akan lari kemana.
Kerana sejak roh telah bersatu dengan jasad, siapa jodoh mu telah dituliskanNya.



Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat

Saturday, 15 December 2012

~ KONON PRIVECY ~

salamullah alayk :)

ehewk.. maaf yer.. blog sedang dibaikpulih..x sihat.. mane lagi awasome.. nie ke yang lepas? ok angkat tangan... ok2.nampk daa..yg nie lebey asome.. sape yg buat kan..( ok angkat bangkul sdiri..lepas tu golek-golek)..astargfirullahalazim.. lagu pon dah lain.alahh..bukan maen sedeh lagi lagu nie..tapi sweet la jugak..ikut mood ke haper.bdw dah lame carik lagu nie by instrumen..finallly..tak sia2 selongkar blog-blog junior.. syukran..

sory pak cik.. tak pandai laa nak block..hehe..kalau pandai nanti saia buat.hhahah.. (ok gurau).. nie lagi sorang kak (tirah) sory..bukan tak nak bagi awak tengok la.. biase la kawan awk nie..konon-konon nak kan privecy.yang adoo..hahaha..dah..jngan sedey-sedey..dah bagi awk tengok dah nie..pagi tadi bngun lepas settle semua keje housemaid (ok volunteer ) terus ngadap lp nie..tetibe laju jer taip..ok no wonder kalau bnyak alah ejaan yer.. ok pak cik.. pasal aitu..maaf k. ( buat muke x brape kiut )

k..dah settle.. lets pray for a better peson in future.. (nie pngaruh drama ) 
arioss.... wassalam.

Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat

Next Previous Home