Daripada Aisyah RA: bahawa Nabi SAW bangun di waktu malam (bersembahyang) sehingga pecah-pecah kedua kakinya. Aku bertanya kepadanya, “Kenapa engkau lakukan ini wahai Rasulullah SAW? Sedangkan Allah SWT mengampunkan dosa engkau yang terdahulu dan yang terkemudian”. Jawab baginda, “Tidakkah aku suka menjadi seorang hamba yang sentiasa bersyukurHuraian Hadith:
Ayuh sejenak kita muhasabah diri, tanpa keredhaan Allah, tanpa izin dan perkenan Allah, siapalah kita pada hari ini? Betapa hebat mana pun kita, namun tidak mampu melawan takdirnya Allah. Betapa gigih usaha kita, namun jika Allah tidak mentakdirkan kejayaan itu untuk kita, namun tidak mampu sesiapa untuk mendapatkannya untuk kita. Justeru, kepercayaan pada kekuasaan Allah akan sentiasa membuatkan kita ini menjadi manusia yang merendah diri kerana kita yakin bahawa setiap kejayaan kita adalah milik Allah. Hamba yang bersyukur itu menyedari bahawa setiap kejayaan yang diraih adalah sekadar pinjaman Allah. Setiap nikmat itu adalah bahagian yang menjadi amanah Allah untuk diuruskan. Natijahnya, insan yang menyedari Allah adalah penentu setiap kejayaannya akan meletakkan keredhaan Allah sebagai matlamat utama dalam setiap tindak tanduknya.Alhamdulillah,Aku bersyukur padamu ya Allah :)
Kita hendaklah sentiasa bersyukur di atas segala nikmat yang Allah SWT kurniakan. Setiap muslim hendaklah melakukan ibadat sunat untuk membuktikan kesyukuran kepada Allah SWT. Setiap manusia hendaklah berjuang melawan hawa nafsu dengan sentiasa beramal soleh untuk menjadi hamba yang lebih diredhai. Seseorang yang menerima nikmat sewajarnya meningkatkan kesyukuran ke hadhrat Allah SWT.
Note : tidak dilupa kepada pa&ma sekeluarga, guru guru, rakan rakan yang banyka membantu.syukran jazilan
No comments:
Post a Comment