}

Sunday, 5 August 2012

~ SALAM NUZUL QURAN ~

Salamullah alayk :)
salam nuzul quran


Sememangnya sudah menjadi tradisi bagi kita umat Islam, pada setiap tanggal 17 ramadhan, Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, , tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. . Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah.

Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW. Al Quran diturun secara berperingkat-peringkat sejak 17 Ramadhan sehinggalah lengkap Al Quran. Satu peristiwa yang sering-kali digabungkan dengan peristiwa Perang Badar Al-Kubra (terjadi pada 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah, ketika umat Islam pertama kali melaksanakan shaum Ramadhan).

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.

Firman Allah yang bermaksud:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38).

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Bila dan bagaimana Al-Quran diturunkan?

Terdapat dua pendapat mengikut ahli sejarah, termasuk pendapat para ahli hadis, tentang Al-Quran yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw.Pendapat pertama menyatakan bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Isnin tanggal 17 Ramadhan, 13 tahun sebelum hijrah (6 Ogos 610 M). Pendapat kedua pula menyatakan bahawa Al-Quran telah diturunkan pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan (13 Ogos 610 M). Pendapat yang pertama adalah berdasarkan ayat 41 dari Surah Al-Anfaal, manakala pendapat kedua dasarnya adalah ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan.Walaupun tradisi Nuzul Al-Quran telah lazim diperingati pada tanggal 17 Ramadhan, namun sesungguhnya pendapat kedua adalah lebih kuat dan lebih mungkin benarnya. Ini adalah kerana malam Lailatul Qadar yang dipercayai sebagai malam turunnya Al-Quran bukanlah terjadi pada tanggal 17 Ramadhan.

Adapun dalam firman Allah SWT pada ayat 41 surah Al-Anfaal, yaitu:

“…jika kamu beriman kepada Allah dan apa-apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Nabi Muhammad saw) pada hari Furqan,iaitu di hari bertemunya dua pasukan (diperang Badar, antara muslimin dan kafirin)…” (TTQ 8 : 41)

Ayat tersebut tidak ada sangkut-pautnya dengan Nuzul Al-Quran.

Tetapi sebenarnya ayat tersebut merupakan penjelasan tentang hukum pembahagian harta rampasan perang (seperti yang terdapat pada awal ayat tersebut). ” Ketahuilah sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, RasulNya, kerabat-kerabat (Rasul), anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil (orang yang sedang dalam perjalanan)…” (TTQ 8 : 41).

Dan apabila diteliti dengan lebih lanjut, yakni dengan menghubungkan hadis-hadis tentang turunnya Al-Quran, iaitu pada Lailatul-Qadar dan kelahiran Rasullullah pada hari Isnin serta pada catatan-catatan waktu di dalam takwim, maka akan diperolehi kesimpulan yang lebih tepat, iaitu Al-Quran diturunkan pada hari Isnin, malam 21 bulan Ramadhan, 13 tahun sebelum Rasullulah saw berhijrah ke Madinah.

Menurut para mufassirin, Al-Quran yang diturunkan pada malam “Lailatul Qadar” sebagaimana disebut di atas adalah Al-Quran yang turun sekaligus di “Baitul Izzah” di langit dunia. Sedangkan Al-Quran yang diturunkan ke bumi dan diterima Rasullullah sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur selama sekitar 23 tahun. Adapun ayat-ayat yang pertama diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw adalah ayat 1-5 surah Al-’Alaq.

Dan peristiwa ini terjadi ketika nabi saw sedang bertahannus (menyendiri) di Gua Hira. Sedangkan ayat Al-Quran yang terakhir sekali diturunkan adalah ayat-ayat riba iaitu ayat 278 sehingga 281 dari surah Al-Baqarah.

Cabaran Ramadhan kali ini amat hebat untuk umat Islam. Dalam negara, umat Islam diuji dengan pelbagai isu yang mencabar umat Islam. Di luar negara, diprovokasi oleh pihak tertentu untuk membenci negara kita. Bersamalah kita semua dalam mempertahankan negara ini dari cabaran dalaman dan luaran. Salam Nuzul Quran buat semua umat Islam. Marilah kita semua bersatul dengan iman kita yang sebenar iaitu Al Quran.

Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat

Wednesday, 1 August 2012

~ i LOVE ISLAM ~

salamullah alayk :)
~ in the name of ALLAH, the most gracious, The Most Graceful ~

awwalul kalam, syukur yang tidak terhingga atas segala nikmat dan kurniaan ALLAH terutama nikmat islam  yang tak putus-putus buat kite sebagai hambaNYA yg bertuah di atas muka bumi ini,Alhamdulillah. moga ALLAH terus melimpahkan rahmat dan kasih-sayangnya pada kite semua..amin.. :)

we are not ALONE

 dalam meniti kehidupan sehari-hari, sedar tak sedar sudah semakin bertambah usia kita.terasa seperti baru sahaja lahir ke dunia ini.masih banyak lagi impian dan keinginan yang belum dicapai.masih banyak lagi hasrat yang belum terlaksana.dan masih banyal lagi tanggungjawab yang belum terlaksana.semakin difikir, semakin runsing pulak hati nie.memikirkirkan sama ada kita mempunyai masa yang cukup.menghitung dan terus menghitung.kalau boleh setiap saat yang kita ada, ingin kite gunakan tanpa henti.
namun, apa yang mampu kita lakukan.selagi masih bernafas, masih bernyawa, selagi kita masih berkuasa, dan selagi kita boleh berdiri, laksanakanlah tanggungjawab kita dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.

I love ISLAM

"sulamilah jalan perjalananmu dengan benang ukhwah, nescaya kamu tidak akan rebah, meniti ranjau dakwah.bahkan kamu akan rasai di sebalik ranjau itu terselit kemanisan.hanya insan yang ikhlas, tahu menilai erti ukhwah di jalan Allah.terlalu bermakna buat bekalan iringan si pejuang, utk istiqamah ke akhirnya"

apa yang kite tahu, kite bukan insan biasa, kerana kita adalah permata islam.syukur kerana kita memiliki permata itu.insyallah akan sentiasa berada di dalam dada kita.gilaplah ia dengan bersungguh-sungguh agar ia sentiasa bersinar dan cantik berkilau. alangkah bahagianya kita jika menjadi org yang amalanya lebih baik daripada semalam, esok lebih baik pada hari ini, dan hari-hari yg mendatang lebih baik drpd hari-hari yang lalu.oleh itu, jom berusaha menjadi insan yg sentiasa mendapat tempat di sisi ALLAH.

The road to dakwah is not an easy one.. it is full of the weak hearted..so FRIENDS,
 find strengh in search of  MARDHATILLAH.. and insyallah you will be ISTIQAMAH in your
effort to ensure the glory of islam

" THERE ARE NO ISLAM WITHOUT UNITY.
THERE ARE NO UNITY WITHOUT LEADERSHIP
THERE ARE NO LEADERSHIP WITHOUT FAITH "

                                                                    Renung-renungkan dan selamat termenung.

wassalam :)


Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat

Friday, 27 July 2012

~ DON'T BE ANGRY ~




salamullah alayk:)


Puasa adalah bulan terbaik untuk melatih diri dari sifat MARAH.  Selalu kita dengar, Ramadan bulan untuk kuruskan badan, mula berhenti merokok, bulan bersedekah dan sebagainya lagi.  Kalau di Malaysia, bulan puasa nampak macam bulan juadah.  Lihat sahaja ramai orang pergi PARAM ( baru tahu istilah untuk pasar Ramadan).  Ok, jom cuba latih kendali rasa marah terutama kepada para ibu bapa.  Terasa sukar bukan apabila anak-anak membangkitkan rasa marah kita.  Tetapi, indah rasanya kalau anda berjaya mengawal rasa marah tersebut.
Apabila anda ingin marah ingat marah tu amalan syaitan. kalau kite suke marah, maknenyer, suke la tu kawan ngn si pak tam tu(syaitan) oleh itu,tuan-tuan dan puan-puan, kalau ase nak marah tu, cepat-cepat tekan butang PAUSE ok..
Puasa boleh saja melatih diri kita untuk bersabar, jauh dari perasaan cepat marah.  Ingatan ini terlebih dahulu untuk diri saya sendiri.  Sekadar berkongsi, Semasa artikel ini ditulis cma tengah marah sebenarne. adela mood tak baik cikit.  semua bende jadi tak kene,subhanallah.. selepas ditegur, baru ingat balik, yang kite tengah puasa. itulah kuase bulan puasa. nikmat yang tak terkate.
maap semua kalau ade yang terasa hati..(maaf terbuke) 


salam ramadhan..tabarakallah. :)


Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat

Thursday, 26 July 2012

~ RENUNGAN UNTUK SAYA & SAHABAT ~

Salamullah alayk:)

first of all cma nak cakap rindu!!! rindu!!! rindu!!!
let say jer yang korang semua pon rindu cma jugak kan...
alahaiiiii!!! tak dapat eden nak nolong ehh!! bab kate si nana.. (FELC)
:)
 memandangkan sekarang nie bulan pusa.. so cma decide nak bertarbiah la kat korang ngn kat cma cikit...
hurm.. sekadar perkongsian saje n tak se kene mengena dengan yang hidup atau yang dah meninggal ok :)

korang tahu tak ape hukumnya post makanan yang best-best kat wall bulan puasa nie??
kalau korang tahu ALHAMDULILLAH bagusnyerr..anak sape la nie.. :)
 cma tak tau la..cma pernah tau post gambar AISKRIM yang memg tak dinafikan menggugat jugak iman cma yang senipis kulit bawang nie tau..n then nak dijadikan cerita, cma terbaca lak article pasal yang hukum mengepost ( soyr b.m salah) makanan kat wall.
. by USTAZ AZHAR IDRUS

Hukumnya adalah makruh mengepost makanan dalam bulan puasa nie. setelah timbul rasa bersalah tu, cma pon cepat-cepat DELETE gambar tu. alhamdulillah nasib baik cepat sedar. sory sangat-sangat kprang yerr!! membuatkan iman anda tergugat.. hanya sekadar itu perkongsian kita pada hari ini..:)
terima kasih.. jangan lupe lain kali jenguk lagi tau.. 

wassalam.. :)




Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat

Thursday, 19 July 2012

~WELCOME RAMADHAN~

Salamullah alayk :)


Yang tahu persiapkan diri
Yang rindu tak sabar menanti
Hadirnya setahun sekali
Ya Ramadhan...

... Keindahan yang tiada tara
Kemuliaanya tak habis dibicara
Penuh dengan limpahan maghfirah
Ya Ramadhan...

Rindu aku rindu
Rindu pada kedatangan
Bulan yang padanya keberkatan
Ramadhan Ya Ramadhan

Ya Allah tolong sampaikan
Hajatku untuk berpanjangan
Nafasku hingga pengakhiran
Ramadhan Ya Ramadhan ~barakallah~ :)


Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat

Tuesday, 3 July 2012

~ EKONOMI OH EKONOMI~

Salamullah alyk :)

Alhamdulillah.. malam nie ( 1.35 pg) sempat jugak berblogg kejap lepas ciap buat revision eko.. tadi buat revision bab 5.. tajuknyerr (MASALAH MAKROEKONOMI DAN DASAR PENSTABILAN).. bunyi macam dah ambik corse eko dah kat universiti...(insyallah) eko makin lame makin susah..katenyer laa..
bagi cma la kan.. kalau kite dah faham konsep dye betol-betol memang mudah jerr sebebnarnye.. tapi 2 lahh.. manusia,, belum buat dah kate susah,, (cma pom)

tapi malam-malm best buat eko.. otak dah boleh berfikir panjang cikit..hehe.. kalau petang-petang susah nak bertarung dengan NGNTUK + MALAS... hehe.. sape yang salah ??
depent atas kite sebennyer... nak ingat formula bkanyer ckit.. bnyak doe.. adooisshh..
lagi satu graf dye berputar belit skali..
tapi, alhamdulillah getting better than yesterday..
amin.

tadaaa!! assalamaualaikum...

Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat

Next Previous Home