}

Friday, 22 March 2013

~ AKU BERSYUKUR YA ALLAH ~


Photobucket


Ramai antara kita lalai dan bangga dengan kejayaan yang diraih dan merasakan bahawa kejayaan itu adalah kerana diri kita yang telah berusaha keras. Apabila lulus peperiksaan, kita rasa itu hasilnya sebab kita rajin ulangkaji, kita rasa ia hasil penat lelah kita belajar sampai larut malam. Bila dapat naik pangkat, kita yakin itu sebab kita rajin buat kerja, kita rasa boss sayang kita. Namun, hakikatnya kita lupa, "tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah", jika Allah tidak mengizinkan, jangan kata untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan, bahkan untuk memegang pen untuk menjawab peperiksaan pun kita tidak mampu.Baru lah nangis sakan kan? Ya,semua itu adalah pembarian tuhan kepada kita. Begitu juga usaha kita untuk naik pangkat tidak mungkin berjaya tanpa izin Allah. Nauzubillah.

Daripada Aisyah RA: bahawa Nabi SAW bangun di waktu malam (bersembahyang) sehingga pecah-pecah kedua kakinya. Aku bertanya kepadanya, “Kenapa engkau lakukan ini wahai Rasulullah SAW? Sedangkan Allah SWT mengampunkan dosa engkau yang terdahulu dan yang terkemudian”. Jawab baginda, “Tidakkah aku suka menjadi seorang hamba yang sentiasa bersyukurHuraian Hadith:

 Ayuh sejenak kita muhasabah diri, tanpa keredhaan Allah, tanpa izin dan perkenan Allah, siapalah kita pada hari ini? Betapa hebat mana pun kita, namun tidak mampu melawan takdirnya Allah. Betapa gigih usaha kita, namun jika Allah tidak mentakdirkan kejayaan itu untuk kita, namun tidak mampu sesiapa untuk mendapatkannya untuk kita. Justeru, kepercayaan pada kekuasaan Allah akan sentiasa membuatkan kita ini menjadi manusia yang merendah diri kerana kita yakin bahawa setiap kejayaan kita adalah milik Allah. Hamba yang bersyukur itu menyedari bahawa setiap kejayaan yang diraih adalah sekadar pinjaman Allah. Setiap nikmat itu adalah bahagian yang menjadi amanah Allah untuk diuruskan. Natijahnya, insan yang menyedari Allah adalah penentu setiap kejayaannya akan meletakkan keredhaan Allah sebagai matlamat utama dalam setiap tindak tanduknya.Alhamdulillah,Aku bersyukur padamu ya Allah :)



Orang yang menyedari hakikat keterbatasan dirinya sebagai hamba akan menjadi insan yang sentiasa bersyukur dan merasakan keagungan Allah. Kejayaan yang digenggam tidak akan menjadikan dirinya sombong bahkan menjadikannya dirinya semakin tunduk.;) Tiada apa yang lebih bermakna selain dapat bermuhasabah diri supaya dapat merenung seketika sejauh mana telah kita capai dalam kehidupan ini. Seimbangkan antara tanggungjawab sebagai hamba-NYA dan juga tanggungjawab didunia....

Kita hendaklah sentiasa bersyukur di atas segala nikmat yang Allah SWT kurniakan. Setiap muslim hendaklah melakukan ibadat sunat untuk membuktikan kesyukuran kepada Allah SWT. Setiap manusia hendaklah berjuang melawan hawa nafsu dengan sentiasa beramal soleh untuk menjadi hamba yang lebih diredhai. Seseorang yang menerima nikmat sewajarnya meningkatkan kesyukuran ke hadhrat Allah SWT.




Note : tidak dilupa kepada pa&ma sekeluarga, guru guru, rakan rakan yang banyka membantu.syukran jazilan



Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat

Friday, 8 March 2013

~ OH KOREAN~


Photobucket


K-Pop. Bila dengar perkataan ni mesti kita akan terbayang group-group atau band-band korea yang tengah menyanyi-nyanyi dan menari-nari di atas pentas. Sama ada lelaki atau pun perempuan. Solo mahupun berkumpulan dengan muka muka diorang yang agak cute sebab banyak yang diorang dah ubah kat muke tu..

Boleh dikatakan sekarang ni fenomena K-Pop memang sedang menjadi-jadi di negara kita. Buktinya, ramai kawan di sekeliling saya yang minat K-Pop, tak payah tunjuk orang lain sebab tuan nie pon boleh "histeria" jugak dengar K-Pop. Bukan setakat lagu-lagu yang menjadi pujaan. Tetapi perkembangan semasa artis-artis ni jugak diketahui. Sampai sanggup membaca berita pasal artis-artis ni secara online tiap-tiap hari. Bagi yang agak fanatik, banyak lah post-post pasal artis kesayangan mereka dihebahkan di facebook@twitter.Dulu, banyak masa dihabiskan dengan cerita cerita korea nie."Running man", "Family outing" buat aku gelak sorang sorang sampai pa dengan ma tengok pelik." tengok cik de suke sorang sorang tu " hehe



Bahkan ada artis-artis di Malaysia yang cuba meniru artis-artis K-Pop ni dari segi penampilan, lagu, tarian dan macam-macam lagi la. Sedih jugak bila tengok keadaan macam ni. Tak perlu lah nak ikut artis-artis korea ni. Lebih-lebih lagi yang perempuan sebab artis kita memang dah cantik dah pon tak perlu sangat lah nak tiru artis korea tu.

Kita sedia maklum macam mana cara penampilan mereka kan. Memang tak menutup aurat. Tak cukup kain. Seksi sangat. Kalau difikir secara logik. Mereka bukannya orang Islam dan mereka tiada batas-batas aurat tertentu yang perlu dijaga dan menyebabkan mereka memakai pakaian sebegitu. Tapi, di Malaysia yang ikut trend mereka ni orang Melayu dan majoritinya ISLAM. Dan kita ada batas-batas aurat yang perlu dijaga.

Tak dinafikan fesyen-fesyen dari Korea memang sangat cantik. Kadang-kadang rambang mata juga dibuatnya. Memang cantik. Tapi cantik pada pandangan manusia belum tentu cantik pada pandangan Allah. Fikirkan, mana satu yang kita nak? Cantik pada pandangan mata manusia atau cantik pada pandangan Allah? Mesti la kita nak cantik pada pandangan Allah kan?

 Jadi, tutup lah aurat dengan sempurna, baru Allah suka :)
 Dan satu lagi yang menjadi kegilaan ramai ialah drama Korea. Kadang-kadang sanggup tak tidur malam sebab nak menghabiskan satu-satu drama ni. Maklum lah satu drama sekurang-kurangnya ada 16 episod. Dan bila dah mula nak tengok, memang akan addictive. Nak tengok lagi. Nak tengok lagi. Haa, mesti pelik macam mana saya tahu kan? Actually, satu masa dulu saya boleh dikatakan Korean drama 'addict'. Memang sangat-sangat suka tengok drama-drama Korea ni. Jalan cerita memang menarik dan romantik. Dan pelakon-pelakon Korea kacak-kacak dan cantik-cantik. Lagi la rasa tertarik nak menonton. Alang-alang tengok tu, boleh la cuci mata sekali kan. Opps! Tapi kan, Allah ada berfirman dalam Al-Quran:

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat". Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya." (An-Nur, 24: 30-31)

 Most of us ingat kita kena jaga pandangan bila berhadapan secara direct je dengan lelaki/wanita bukan mahram ni. Tapi kita silap sebenarnya. Bila kita tengok drama atau filem, kita pun wajib jaga pandangan kita. Dan dalam ayat Quran kat atas, Allah tujukan kepada orang-orang yang beriman. Saya nak jadi orang yang beriman. Bukan mudah nak jadi orang yang beriman ni. Salah satu caranya buat apa yang Allah suruh. Allah suruh jaga pandangan. Jadi kenalah jaga kan?

 Dan satu lagi, bila terlalu banyak menonton drama ni sebenarnya kita sudah banyak membazirkan masa kita. Kadang-kadang jadi hanyut dengan cerita cinta drama korea ni. Sebab jiwang sangat. Satu kerja pun tak jadi. Mula lah terbayang-bayang. "Best nya kalau dapat boyfriend or girlfriend (p/s: no COUPLE in Islam) macam hero/heroin cerita ni." Duduk mengelamun dan berangan-angan sahaja pun dah berjam-jam. Mungkin kita tak sedar, apa yang kita buat ni termasuk dalam perkara yang sia-sia. Kenapa saya kata sia-sia? Sebab benda ni tak bagi manfaat pun pada kita. Bagi kita jadi lagho ada lah.

 Tahu tak, Allah ada berfirman dalam Al-Quran dalam Surah Al-Mu'minun ayat 1-11 bahawa antara ciri-ciri orang yang akan mewarisi Syurga Firdaus ialah orang yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia.

 Haa, Allah pun dah cakap kan. Kalau kita tinggalkan perkara yang sia-sia ni, Insya Allah kita akan dapat masuk Syurga Firdaus. Whoah! Siapa yang tak nak masuk syurga? Mesti semua orang nak kan. Jadi, kita kenalah tinggalkan perkara yang sia-sia ni.Sekarang tengah mencuba untuk lupakan diorang sedikit demi sedikit bukan tinggal terus,Hheehe :D

NOTE : agak agak boleh ke ?



Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat

Thursday, 28 February 2013

SELAMAT HARI LAHIR WAN SUHAIDASHIMA


Photobucket

Hari lahir merupakan hari yang sangat istimewa bagi semua orang.begitu juga dengan diri ini.Hari ini genaplah umurku 20 tahun." YA ALLAH da besar daa.. kalau dulu dah anak 2 dah." ma pesan.
" Berdoalah kepada ALLAH agar umur kita dan kehidupan kita diberkati olehNya"

ya allah terima kasih di atas umur yang berharga,kasih sayang yang berpanjangan,keampunan yang berpanjangan.keluarga yang mawaddah dan sakinah,Terima kasih juga ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan.Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan yang mematangkan diriku.Terima kasih juga untuk bakat yang Engkau turunkan dan berikan.Sesungguhya terlalu banyak nikmat yang Engkau berikan padaku..dan terlalu sedikit pengabdian yang ku lakukan kepadaMu ya Allah.


Engkau tetap menerimaku,walaupun aku terkadang alpa dengan duniawi semata mata.terkadang aku kalut memikirkan dunia hingga terlupa akan cinta hakikimu ya Allah.Engkau tetap melindungiku walaupun pada satu tahap aku seringkali mudah berputus asa.Ya Allah ampunkan aku apabila aku seringkali merintih & mengadu kepadaMu tentang ketentuan yang Engkau berikan padaku ya Allah.Sesungguhnya aku lebih senang mengadu padamu walaupun ada yang ingin membantu.Bukan kerana angkuh,namun hatiku lebih tenag bersamaMu ya Rabb.Ada hambamu yang lemah.kerana adakala imanku mudah goyah akan bisikan syaitan.



Dalam usia yang semakin bertambah ini,aku ingin semakin dekat denganMu ya Allah.ingin lebih mengetahui tentang kewujudanmu,ingin lebih mengabikan diri padamu.Pimpinlah aku ya Allah agar aku tidak mudah jatuh,agar aku terus berdiri.Di hari lahirku ini juga ingin aku memohon kau berkatilah setiap pelakunku,ampuni dosa ibu bapaku,kasihani mereka seperti mana mereka mengasihini aku sejak aku kecil lagi ya allah.Jadikan aku hambamu yang membawa manfaat kepada orang lain.Ameen.



Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat

Tuesday, 26 February 2013

~ FADHILAT MENCIUM ANAK ~

Photobucket


Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

 Barang siapa keluar ke pekan dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tanganuntuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di akhirat kelak.

Tahukah anda jika dibiasakan mencium anak sendiri, sifat mendera serta memukul anak boleh dihindarkan? Dengan wujudnya sifat suka mencium anak, hormon dan bau anak kita itu akan sebati ke dalam otak kita sekaligus mesej yang mengatakan “aku sayang anak aku” akan tersemat terus ke dalam jiwa

.

  *Semoga bermanfaat untuk dikongsikan...

NOTE : ingat dulu mase skolah,pagi pagi klau x duduk hostel cium pipi ma ngn pa (sweet time tu)
dan kalau kat hostel nangis2 ingat kat diorang

sumber : i luv islam

Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat

Friday, 22 February 2013

~ TINTA INDAH PENGUAT JIWA ~

Photobucket


Hidup ini adalah suatu perjalanan. Penuh erti, penuh ranjau, penuh duri... Namun bukan sakit tertusuk duri itu yang penting tetapi nikmatnya apabila duri itu tercabut dari daging. Bagaimana ia dikeluarkan juga betapa ianya penting. Sakit, meraung... tetapi jangan berhenti mengeluarkannya. Kelak menjadi bisa yang tidak terawat. Dan setelah itu bersyukurlah dengan segala kehendakNya. Sakit tertusuk duri itu mungkin sahaja penyucian kifarah yang dilakukan. Mungkin juga mehnah dari Yang Esa untuk mendidik hati bertabah serta mensyukuri setiap kejadian tanpa keluhan.


 UJIAN... Jika ujian di bangku sekolah dapat jua dihafal formula-formula untuk melaluinya. Namun yang bernama ujian hidup adalah yang datang tanpa salam, tanpa diundang. Datangnya dengan kehendak Ilahi yang mahukan manusia memaknakan kehidupan dengan menggunakan akal berbataskan keimanan. Demikianlah didikan Allah. Memanusiakan seorang manusia!

 CINTA... Manusia dihidupkan atas cinta. Cinta itu meluas. Cinta kepada Allah, kepada Rasul, kepada ibu bapa, kepada suami, kepada isteri, kepada sahabat. Malangnya cinta yang pernah dijumpai telah disempitkan dan tersepit oleh kurangnya faqih akan hakikat cinta. Cinta itu setia, jujur, kasih sayang, rindu, doa kebahagiaan. Benihlah cinta yang meniti atas dasar iman. Akan redhalah Allah pada cinta itu. Namun sayang seribu kali sayang, cinta itu tercalar keluhurannya. Terselit pengkhianatan, ketidakjujuran... dan akhirnya perpisahan... Yang meninggalkan mencari pengganti. Segala janji terlupus begitu sahaja. Ingatlah bahawa roda kehidupan ini sentiasa berputar. Hari ini kita mengkhianati. Esok mungkin kita dikhianati. Hari ini kita mencipta luka di hati yang lain, mungkin esok hati kita pula yang terluka.


 SABAR... Bukan mudah untuk memahami erti sabar apatah lagi untuk melakukannya. Saat derita menjengah rasa, seakan kita sahajalah yang derita. Kita sahajalah yang terluka. Duka itu milik kita. Sedih itu juga milik kita, sehingga kita terlupa untuk mensyukuri nikmat Allah yg lainnya. Nikmat Allah yang begitu melimpah ruah jarang disyukuri tetapi bila didatangkan ujian, melaralah sekeping hati. Itu sahaja yang diingat-ingatkan. Demikianlah resam insani.

 REDHA... Tidak diuji hambaNya dengan ujian yang tidak mampu ditanggung. Rebah, jatuh dan terduduk, semuanya mengajar kita untuk bangkit kembali. Sedang walangnya hati tertanya bagaimana untuk bangun?? Ya... hanya kekuatan sahaja yang mampu menarik... Maka yang bangun itu bukanlah diri yang lemah. Yang bangun itu adalah jiwa yang kuat. Redha itu adalah menerima dengan lapang dada biarpun tangisan menitis tanpa hentinya namun bertahanlah. Tangisan itu tidak apa-apa malahan menunjukkan kita hanyalah hambaNya yang lemah. Serahkan segala urusan pada Dia.


 SYUKUR... Alhamdulillah segala pujian hanya selayaknya untuk Allah. Hari semalam yang berlalu, biarkanlah. Hari ini yang dilalui, nikmatilah. Hari esok bakal tiba, bersedialah. Allah sentiasa memberi yang terbaik untuk hambaNya, maka kita sebagai hambaNya berkejaran lah mencari yang terbaik itu dengan segala usaha dan bermacam cara yang diredhaiNya. "Fastabiqul khairat" pesanNya. Jika berlari itu kemudiannya jatuh maka bangkitlah kembali. Tidak mengapa jika tidak ada tangan yang menghulur bantuan kerana ada 'tangan' yang lebih membahagiakan. Letaklah kebergantungan kepada Allah SWT. Semoga hidup sentiasa diberkati dan dibimbing untuk mencari wangian Jannah. Semoga beroleh kebahagian dalam mencari warna cinta Ilahi.


note : HAWA kan kuat!

Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat

Thursday, 10 January 2013

~ PELIHARALAH AURAT ANDA!! ~

salamullah alayk :)

bismillah..testing! testing! testing! cubaan suara 1,2,3 cubaan..cubaan.. aduish.tehingat time jadi mc kat skolah.time forum.. cam gini "cubaan suara satu amlan gaya hidup sihat"..ok melalut tak tentu pasal.straight to da point.entry hari nie sangat bermanfaat..ade ukhti bagi kat saya punye inbox..jadi ape salahnye share kat korang pulak kan..mat salleh kabo " sharing is caring uolls" insha allah.. jom!

sememangnya aku jugak tak sempuran dalam bab bab tutup aurat nie..masih belajar..keep it learning.tapi, insha allah mahukan perubahn dari semasa ke semasa..ramai dari kita yang seringkali pandang remeh dengan pemakaian stokin kan.( girl lah especially ) in fact tu pon salah satu dari kewajipan tutup aurat jugak..nie tuan punye tanah nie pun same.pakai stokin tak penah nak istiqamah.lup lap lup lap.pakai if ase nak pakai je.astargfirullahalazim..hehe.but banyak yang saya blajar from my belove beloved beloved frend.thanks uolls.. diorang ustazah bersetail..weeelaweeii..insha allah lepas nie doakan supaya saya lebih istiqamah yer..ameen.

 Pernah kita dengar ungkapan bahawa suatu yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Barang kemas emas atau intan permata tentu tidak akan dibiarkan bersepah-sepah di atas lantai sebaliknya ditempatkan tempat yang khas. Bagi seorang lelaki yang bergelar suami, barangan yang paling mahal dan berharga ialah isterinya. Selain isterinya mahal kerana membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkannya, isteri juga adalah penyelamat iman dan maruahnya. Jadi, isteri perlu dijaga dengan rapi supaya dia tidak mudah keluar bebas hingga dapat dilihat orang lain begitu sahaja. Wanita atau isteri pada zaman dahulu jarang keluar rumah, apatah lagi untuk bersiar-siar di kota.

 Tetapi suasana zaman itu sudah berlalu kini. Sebaliknya kalau wanita dan isteri asyik terperap di rumah sahaja, dikatakan mereka tidak mengikut peredaran zaman. Sebenarnya Islam tidaklah melarang wanita atau Isteri daripada keluar rumah jika terdapat keperluan yang mendesak ke arah itu. Mereka boleh keluar rumah dengan syarat menutup aurat dan jaga keterampilan agar tidak terdedah kepada fitnah. Untuk wanita dihadkan kadar aurat yang wajib ditutup pada tempat-tempat tertentu.


 Berikut disenaraikan kadar aurat seperti yang tetapkan oleh Islam.
 1. Sewaktu seorang diri – auratnya ialah bahagian dari pusat hingga ke lutut.
 2. Sewaktu bersama perempuan atau mahram – auratnya ialah bahagian di antara pusat dengan lutut.
 3. Sewaktu bersama ajnabi – auratnya ialah seluruh tubuhnya.
 4. Sewaktu menghadap Allah (solat) – auratnya ialah seluruh tubuh kecuali muka dan pergelangan tangan.
 5. Sewaktu berhadapan dengan wanita bukan Islam atau waktu bekerja – auratnya seluruh tubuh kecuali    bahagian yang diperlukan dalam suasana kerja.

 Perlu dijelaskan di sini, aurat ialah bahagian yang perlu ditutup atau dijaga daripada dilihat atau dicemari oleh orang lain. Berdasarkan definisi itu, aurat ialah bahagian yang berharga bagi seseorang, maka ia perlu dijaga dengan sebaiknya walaupun sekadar dipandang dari jarak jauh. Menyentuh soal aurat yang di antara pusat dengan lutut, suka dijelaskan di sini bahawa bahagian tersebut perlu diambil kira ketika duduk dan berjalan. Maknanya kalau seseorang wanita itu sekadar pakai tuala mandi dari bahagian pusat sampai lutut sahaja, memang dibenarkan kerana itu had auratnya.

 Tetapi bagaimana kalau dia berjalan atau duduk di atas kerusi, sudah tentu lutut atau sebahagian pahanya dapat dilihat oleh orang lain. Di sinilah yang perlu diberi perhatian. Tetapi lazimnya wanita Melayu suka pakai tuala mandi dari paras payu dara hingga ke bahagian paha. Kalau dia ketika itu memakainya di hadapan suami, tidak salah kerana tiada had aurat ketika bersama suami. Tetapi bagaimana kalau dalam rumah itu ada anak, bukankah auratnya ialah di antara pusat dengan lutut. Jadi, elakkan berpakaian seperti itu di hadapan anak-anak apatah lagi di hadapan tetamu. Bayangkan kalau di dalam rumah sendiri, tidak boleh pakaian seperti itu, bagaimana sikap sebahagian wanita yang suka pakai skirt yang pastinya di atas lutut, dan ada juga yang pakai seluar pendek. Jelas pakaian itu tidak menutup aurat seperti yang dikehendaki Islam.

 Kita seharusnya boleh berfikir, kalau sewaktu bersendirian atau bersama wanita Islam atau mahram, berpakaian seperti itu masih termasuk dalam kategori mendedahkan aurat betapa kalau berhadapan dengan orang lain di luar rumah. Inilah yang jarang diberi perhatian oleh wanita pada hari ini. Selain itu, tudung yang dipakai oleh wanita pada hari, sebahagiannya sudah lebih glamor daripada mentaati perintah Allah. Lihat sahaja, tudungnya tidak menutup bahagian dada dan lehernya. Malah sesetengahnya pakai tudung tetapi tangannya tidak ditutup. Dalam Islam aurat bukan rambut sahaja tetapi seluruh tubuh badan seperti yang dijelaskan di atas. Walau bagaimanapun usaha mereka hendak pakai tudung itu, amat dihargai. Semoga Allah menilainya mengikut kadar usahanya.

 Namun pada masa yang sama, wanita tersebut perlu berusaha untuk menutup aurat sepenuhnya. Selain itu, aurat lelaki ada sedikit perbezaan, terutama di sudut bentuk pakaian. Perkara ini akan dihuraikan nanti sekali gus menampakkan beberapa kesalahan lelaki dalam hal ini.
 Senarai aurat bagi lelaki adalah seperti berikut:\


1. Sewaktu bersendiri – auratnya ialah bahagian kemaluan qubul dan dubur. Maknanya cukup dengan pakai seluar dalam.
2. Sewaktu sesama lelaki dan muhram – auratnya ialah bahagian di antara pusat dengan lutut.
3. Sewaktu berhadapan dengan ajnabi – auratnya ialah di antara pusat dengan lutut
4. Sewaktu menghadap Allah (solat) – auratnya ialah di antara pusat dengan lutut.
 Umumnya aurat lelaki agak longgar daripada wanita. Namun ramai juga lelaki yang tidak memahaminya lalu terjebak dalam pendedahan aurat.

macamane..banyak manfaat tak..kan dah habaq daa.. k lah.asenye tu je kot.. time kasih uolls.tahnk you very very very much..nomo nomo  kamao.. syukran jiddan jiddan wajazakumullahukhair :D

note : pihak lelaki jangan ingat korang xde aurat ok..

Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat

Saturday, 5 January 2013

~ TAKE A NOTE ~


Salamullah alayk :)

korang tengok nie..jaga kesihatan.. :)


GEMUK SEDIKIT = BAGUS
GEMUK BANYAK=TIDAK BAGUS

Note : lebihkan manis dalam senyuman, kurangkan manis dalam minuman 

Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat

Next Previous Home